KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 01 Mac 2022.
Untuk tujuan itu, pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN atau hadir ke kaunter cawangan LHDN.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.
Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran.
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas:
https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf
Pembayar cukai juga disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.
Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Bernama
Wed Feb 16 2022

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDN.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Program Memfail Borang Nyata 2025 telah dimuat naik sebagai rujukan
HASIL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual dan borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.

UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen
Namun keuntungan syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka itu turun 34.1 peratus ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi.

Negara boleh raih hasil RM1 bilion sebagai permulaan dengan pengenalan GMT
Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Hasil RM6.6 bilion bukti kerajaan Sabah lakukan terbaik - Hajiji
Hasil yang dikutip itu merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Maritim Malaysia rekod hasil RM2.7 bilion 17 tahun penubuhan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merekodkan hasil rampasan, lelongan, kompaun dan denda berjumlah RM2.7 bilion sejak 17 tahun penubuhan agensi itu.

Maxis catat untung, hasil lebih tinggi suku kedua 2021
Keuntungan selepas cukai Maxis meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun kepada RM360 juta pada Q2 2021.

GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63
Sabah mahu meterai perjanjian cari gali minyak dan gas dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.

Komitmen PH tambah baik institusi dikompromi kemahuan politik lemah - IDEAS
Manifesto yang ditulis oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermasalah kerana ditulis dengan fikiran reformis.

MHTC sasar RM500 juta hasil pelancongan perubatan
MHTC mengurangkan sebanyak 70 peratus sasaran asalnya iaitu hasil sebanyak RM2 bilion dengan jumlah sumbangan RM10 bilion kepada ekonomi.