KUCHING:Jambatan Batang Lupar bakal menggantikan perkhidmatan Feri Triso, Sebuyau.
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri komited merealisasikan impian rakyat untuk memiliki jaringan jalan raya strategik tanpa pengangkutan feri.
“Kita kini telah memulakan tender terbuka dan semua jalan pesisir akan dihubungkan tanpa feri menjelang 2025.
“Sebenarnya agenda ini telah dimulakan Allahyarham bekas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Adenan Satem, kemudian diteruskan di bawah kepimpinan saya”, ujarnya
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Sport Community Hall With Innovative Hub di bekas tapak kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawa, hari ini.
Tambahnya Projek Jambatan Batang Lupar bakal dibangunkan melalui peruntukan 50-50 kerajaan negeri dan persekutuan.
Jelas Abang Johari semua jambatan yang akan dibina menghubungkan kawasan pesisir dan daerah Sarawak telah diluluskan.
Antaranya, Jambatan Batang Paloh-Muara Lassa, Batang Kerian, Batang Saribas, Batang Kemena dan Batang Rambungan.
Tambahnya kesemua jambatan ini nanti boleh dilalui tanpa dikenakan bayaran tol.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Jan 05 2021

Abang Johari memaklumkan kesemua jambatan yang dibangunkan kerajaan negeri menghubungkan kawsan pesisir dan daerah tidak akan dikenakan bayaran tol. - Foto BERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran
Impian Fera Indah itu tidak kesampaian apabila Shuhada Mohamad Hamzah, 16, dan adiknya Khairunnisa Mohamad Hamzah, 14, bersama lima lagi ahli keluarga mereka meninggal dunia

Takziah buat keluarga kemalangan di Triso Sarawak - Zuraida
Zuraida Kamaruddin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden di Triso Sarawak.

Tragedi Feri Triso: Tiga SOP utama dikuatkuasakan cegah kejadian berulang
Tan Sri Dr James Jemut Masing menggesa agar tiga Prosedur Operasi Standard (SOP) dikuatkuasakan serta merta susulan tragedi feri Triso yang mengorbankan sembilan nyawa pada Jumaat.

Tragedi feri Triso: Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial - Julaihi
Ia bagi menghormati keluarga mangsa dalam tragedi yang mengorbankan sembilan sekeluarga di Pengkalan Feri Triso

Bayi empat bulan antara korban kejadian kereta jatuh sungai
Seorang bayi berusia empat bulan antara sembilan ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian kemalangan di pangkalan feri Triso dekat Sebuyau pada petang Jumaat.