KUALA LUMPUR: Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) Nor Azmi Mohd Yusof berkata perubahan operasi tren ini akan memudahkan pengguna tanpa perlu turun di stesen LRT Hang Tuah untuk mendapatkan tren pengantara bagi meneruskan perjalanan ke stesen Masjid Jamek.
Bagaimanapun, beliau berkata penumpang masih perlu mendapatkan khidmat bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya.
"Dalam tempoh sama, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya, sebagai persiapan sebelum pembukaan semula laluan ini kepada pengguna.
"... dengan perubahan terhadap pengoperasian itu, kekerapan tren pada waktu puncak juga akan dipertingkatkan kepada 3.5 minit bagi Daerah Pusat Perniagaan (DPP) dan tujuh minit di luar DPP susulan pertambahan tren daripada 24 kepada 31 tren," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media mengenai operasi percubaan lanjutan daripada kerja-kerja baik pulih struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya, di sini hari ini.
Sebelum ini, laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya ditutup sejak 27 Jan tahun lepas, susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat melalui kawasan berkenaan.
Nor Azmi berkata pelaksanaan operasi percubaan akhir ini dijalankan sebagai mematuhi piawaian operasi dalam langkah untuk memastikan keselamatan pengguna dan kebolehpercayaan sistem rel.
"Kita harap pengguna dapat bersabar sedikit masa lagi untuk percubaan akhir selesai sebelum kita dapat memulakan operasi normal yang dijangka dilaksanakan pada penghujung Februari ini, bergantung kepada penilaian dan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)," katanya
Sementara itu, Ketua Jabatan Projek Pembangunan Rel Prasarana Malaysia Berhad Muhammad Hafizi Hashim berkata kerja-kerja membaik pulih struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen Bandaraya telah selesai sepenuhnya.
"Semasa kerja-kerja dijalankan, kontraktor telah memasang beberapa peralatan untuk monitor di ground movement. Untuk ujian percubaan akhir ini, kita terus merekodkan prestasi ground movement untuk memastikan segala perjalanan masa ujian itu adalah melalui standard piawaian yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.

Penduduk P.Pinang yakin LRT mampu atasi kesesakan lalu lintas
Penduduk Pulau Pinang teruja untuk menikmati perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu yang pelaksanaan fasa pertamanya dijangka bermula hujung tahun ini.

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang tadi telah kembali pulih.

30 gerabak baharu tren tangani kesesakan di Stesen LRT
Langkah itu bagi memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam itu berjalan seperti yang dirancang.