KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata Perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli parti itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang menjamin hak keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada lima Ahli Parlimen berkenaan.
Perkara itu terkandung dalam surat Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee pada 9 Julai lepas, bagi memberitahu mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berikutan keahlian mereka dalam parti itu telah terhenti.
Salinan surat itu juga ditujukan kepada lima Ahli Parlimen berkaitan iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Thalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
"Berkenaan dengan surat permohonan oleh Bersatu kepada kelima-lima Ahli Dewan Rakyat kembali ke kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, saya mendapati sehingga hari ini mereka masih duduk di blok Pembangkang. Justeru itu, saya mendapati dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A (1) Perlembagaan Persekutuan," kata Johari menerusi surat berkenaan.
Dalam mempertimbangkan notis Ronald itu, Johari berkata beliau telah merujuk beberapa dokumen berkaitan seperti Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti D.R 7 Tahun 2022 (Penyata JKPK).
"Ini termasuk Penyata rasmi bertarikh 11 April 2022 mengenai Rang Undang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022; dan Penyata rasmi bertarikh 27 dan 28 Julai 2022 mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Usul Mengenai Penyata JKPK itu," katanya.
"Saya mendapati daripada dokumen-dokumen tersebut bahawa tujuan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa yang panjang.
"Selain itu, saya juga melihat kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan. Malaysia mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia juga merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.
"Ini kerana di bawah Keluhuran Perlembagaan, kesemua undang-undang atau peraturan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," menurut surat itu lagi.
Mengenai keputusan tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan, menurut surat berasingan Johari memaklumkan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak sedang berbicara dalam kes mahkamah susulan Ahli Parlimen berkenaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman membawa tindakan terhadap Bersatu melalui pemfailan guaman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Oleh kerana kes ini sedang dalam pertimbangan mahkamah, maka saya tidak mahu merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara dalam kes mahkamah itu dengan keputusan saya di bawah Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johari telah bertindak berdasarkan Perlembagaan dan taksiran undang-undang, semasa memutuskan enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu kekal sebagai wakil rakyat.
Semalam Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu menerima surat daripada Johari pada lewat petang Selasa lepas yang menyatakan tidak berlaku kekosongan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Pada 20 Jun lepas, Ronald berkata notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen berkenaan telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keenam-enam Ahli Parlimen itu diberikan notis gugur keahlian parti pada 12 Jun lepas apabila mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Johari berkata Perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli parti itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.