Bekas Hakim Mahkamah Rayuan menyarankan supaya Perlembagaan Persekutuan dimasukkan dalam subjek di sekolah dan diajar kepada murid sekolah rendah bagi memupuk perpaduan antara kaum.
Datuk Mohd Noor Abdullah yang melahirkan kebimbangan mengenai perpaduan antara kaum berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.
Beliau berkata perlembagaan yang diajar mestilah yang mudah difahami mereka.
"Saya risau lihat masa depan anak-anak kita, kalau kita teruskan keadaan yang membezakan antara kaum. Marilah kita elakkan dan binalah masyarakat yang tiada sempadan bangsa," katanya semasa sidang media selepas sesi perbincangan meja bulat di bawah kumpulan kerja perundangan yang bertajuk 'Perlembagaan Asas Perpaduan' anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN), di sini hari ini.
Beliau berkata pamahaman yang betul mengenai Perlembagaan akan memupuk perpaduan seterusnya mengelakkan sifat perkauman antara kaum.
Mohd Noor juga mencadangkan diwujudkan satu slogan iaitu '1Malaysia Acuan Perlembagaan' iaitu rakyat Malaysia yang bersandarkan kepada satu perlembagaan bagi memupuk perpaduan kaum.
Terdahulu pada sesi perbincangan itu, Mohd Noor menyarankan supaya perkataan 'Bangsa' digantikan kepada 'Masyarakat' seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menggunakan istilah 'Community'.
Katanya sikap melabelkan bangsa akan menggugat perpaduan kaum dan tiba masanya perubahan dilakukan untuk menggantikan perkataan itu.
"Apa kata kita ubah Warga Malaysia ini terdiri daripada masyarakat Orang Asli, masyarakat pribumi dan masyarakat majmuk. Jangan kita gunakan istilah bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
"Saya nak hujahkan, di Malaysia tidak ada bangsa Melayu, Cina dan India yang ada ialah masyarakat. Bukanlah jelas perlembagaan menggunakan istilah Community dan bukannya bangsa," katanya.
Menguatkan hujahnya, beliau berkata mengapa perlembagaan tidak menggunakan istilah Bangsa, kerana ia tidak mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia kepada bangsa.
Menjelaskan mengenai masyarakat pribumi, beliau berkata ia terdiri daripada orang Melayu di Semenanjung, orang pribumi di Sabah dan Sarawak manakala masyarakat majmuk terdiri dari orang Cina, India dan lain-lain kaum.
"Mari kita perjuangkan warga Malaysia terdiri daripada tiga masyarakat dan bukannya berdasarkan kepada bangsa," tambahnya.
Ketika ditanya mengenai cadangannya untuk menggantikan istilah itu yang akan melibatkan banyak perkara termasuk dokumen rasmi dan kad pengenalan yang akan ditukar tanpa diletakkan bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya, Mohd Noor menjawab: " Ya. Untuk apa kita letak Cina, Melayu dalam kad pengenalan, untuk sensor. Banyak cara lain bukan dalam kad pengenalan sahaja."
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017

MOHD NOOR: "Di Malaysia tidak ada bangsa Melayu, Cina dan India yang ada ialah masyarakat. Bukanlah jelas perlembagaan menggunakan istilah Community dan bukannya bangsa." --fotoBERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

KR1M 2.0: Jual barangan berjenama tetapi harga bawah pasaran - PM
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.

Najib lancar ikon 1Malaysia Negaraku
Penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.

Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.

Malaysia akan terus hantar pelajar ke Jepun dan Korea - PM Najib
Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

UTC model realisasi slogan 1Malaysia - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pelihara penyatuan rakyat atas semangat 1Malaysia - Muhyiddin
Sejarah kegemilangan penyatuan rakyat di bawah sebuah negara bernama Malaysia mesti terus dipelihara dan diteruskan atas semangat 1Malaysia.

Majlis Konsultasi Negara dilancar bagi pupuk perpaduan
MKPN yang dianggotai 30 panel terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis.

KPDNKK sedia pertimbang cadangan KR1M hanya untuk rakyat tempatan
Ia kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Sidang Parlimen:Tiada lagi permit teksi tambahan
Kerajaan telah pun memberikan 1000 permit individu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 24 Mac yang lalu.