PEPATAH Melayu ada berbunyi sekali air bah, sekali pantai berubah. Pepatah ini sangat bertepatan dengan kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri serta beberapa daerah di Selangor baru-baru ini yang telah memberi impak yang bukan sedikit kepada masyarakat daripada segi kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa malah ketersediaan sistem tadbir urus bencana negara.
Walaupun isu banjir sering digarap dan diperkatakan sejak beberapa lama oleh para ilmuwan dan masyarakat, dan kebanyakannya didorong oleh kesan perubahan iklim, namun tanpa kita sedar ia juga berhubung rapat dengan gangguan alam sekitar disekeliling kita terutamanya aktiviti pembangunan.
Antaranya adalah kehilangan zon penampan semulajadi yang akan memberi kesan berganda kepada ekologi dan menyebabkan kemusnahan biodiversiti.
Apa itu zon penampan
Dalam konteks alam sekitar, zon penampan ekologi dijumpai di kawasan tasik, hutan paya bakau, tanah bencah malah turut melibatkan kawasan rizab di sepanjang tebing sungai.
Zon penampan riparian pula atau jalur riparian merupakan zon penampan terpenting ekologi; dan pada asasnya ditakrifkan sebagai kawasan antara muka atau jaluran tanah yang berada bersebelahan jasad air dan bebas dari sebarang aktiviti manusia. Kawasan ini biasanya dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan seperti rumput, pokok renek dan tumbuhan saka.
Kepentingan zon penampan
Garis Panduan Perancangan, Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), edisi 2017, yang diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, piawaian bagi keperluan menyediakan dan mengekalkan zon penampan dalam sebarang pelan pembangunan telah dinyatakan dengan jelas.
Begitu juga dengan proses Penilaian Impak Persekitaran (Environmental Impact Assessment, EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar yang memperuntukkan pengekalan rizab riparian pada penetapan kelebaran sebanyak 20 meter di sepanjang jasad air mahupun tebing sungai, selain keperluan kepada pemaju untuk menyediakan kaedah kawalan tambahan lain sekiranya terdapat risiko hakisan dan enapan.
Kawasan zon penampan riparian seperti di paya bakau umpamanya sangat kaya dengan kepelbagaian biologi dan sumber makanan hasil mendapan bahan-bahan organik, justeru, tidak hairanlah ia juga menjadi kawasan perlindungan dan habitat serta tapak pembiakan dan tumbesaran bagi majoriti spesies fauna seperti ikan, ketam dan kerang-kerangan.
Kawasan ini juga merupakan kunci kepada rantaian makanan sesuatu ekosistem akuatik malah mempengaruhi kelangsungan hidup sebahagian komuniti masyarakat berhampiran disebabkan ia menyokong kepada kelestarian biodiversiti yang juga berkait dengan kelangsungan sumber perikanan.
Kehilangan kawasan zon penampan akan menyebabkan tiupan angin dan arus air dipindah secara langsung kepada satu-satu ekosistem akuatik dan memberi impak yang sangat besar kepada ekologi sesuatu kawasan.
Sebagai contoh, kewujudan tumbuhan di zon penampan mampu memperlahankan arus air ketika banjir kerana adanya halangan oleh tumbuh-tumbuhan di sepanjang tebing yang akarnya memegang tanah dengan kuat. Ini akan mengelakkan limpahan air secara drastik ke kawasan berhampiran.
Di samping menyediakan perlindungan kepada hidupan dan mengekalkan suhu air, tumbuh-tumbuhan di zon penampan juga membantu menapis enapan, yang mungkin berpunca dari hulu sungai atau kawasan tanah tinggi akibat adanya aktiviti pembinaan, pembalakan malah pembukaan tanah pertanian.
Oleh yang demikian, zon penampan berfungsi bagi mengurangkan impak pencemaran kerana adanya pelbagai lapisan penapis semulajadi yang akan membantu mengurangkan jumlah bahan pencemar yang terbebas secara langsung ke kawasan sungai.
Justeru, ketiadaan tumbuhan di kawasan zon penampan akan menyebabkan kadar enapan berlaku dengan sangat cepat. Enapan yang terbentuk di dasar sungai akan meningkatkan paras air selain menjejaskan kualiti air seperti suhu, cahaya kekeruhan dan seterusnya menganggu struktur komuniti hidupan akuatik yang ada.
Oleh yang demikian, pengekalan zon penampan riparian secara tidak langsung membantu pihak berwajib dalam mengurangkan kos rawatan sungai sekiranya berlaku pencemaran.
Ketiadaan tumbuhan di zon penampan juga mengganggu kestabilan tanah di bahagian tebing menyebabkan peningkatan risiko hakisan dan kelimpahan air. Dengan kata lainnya, tanpa zon penampan riparian, ekosistem akuatik semulajadi dan kehidupan masyarakat setempat akan terancam.
Pendekatan pengurusan zon penampan
Adalah wajar para pemegang taruh samada di pihak kerajaan mahupun swasta menitikberatkan pengekalan dan meneliti penetapan zon penampan riparian dalam meluluskan atau mewartakan sebarang pelan projek pembangunan.
Dasar program pembangunan yang mementingkan penggunaan secara mampan juga perlu dipraktikkan bagi menyokong 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016.
Selain bertindak selari dengan undang-undang persekutuan melalui pematuhan piawaian yang ditetapkan dan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas, kerajaan negeri juga disaran untuk mengenalpasti langkah-langkah jangka panjang yang sistematik dan bersesuaian bagi mengekalkan dan melindungi zon penampan riparian.
Undang-undang serta peraturan sedia ada juga yang berkaitan dengan zon penampan perlu diperhalusi dan ditambahbaik dari masa ke semasa. Pemantauan oleh pihak berwajib ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan dalam sesuatu pelan pembangunan perlu dilaksanakan secara proaktif dan lebih komprehensif.
Masyarakat awam juga wajar diberi penerangan dan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan zon penampan riparian dan impak yang bakal wujud dengan ketiadaan zon penampan ini. Jika perkara-perkara ini boleh dilakukan secara kolektif, maka stigma `sudah terhantuk baru terngadah’ tentunya dapat dielakkan.
* Artikel oleh Prof. Madya Dr. Nadirah Musa dan Prof. Dr. Najiah Musa, dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu.
** Dr. Nadirah merupakan pensyarah dalam bidang Ekofisiologi Akuatik manakala Dr. Najiah ialah pensyarah dalam bidang Kesihatan Haiwan Akuatik.
*** Penulisan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi ataupun pengalaman bidang ilmuan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Tue Jan 04 2022

Ketiadaan tumbuhan di zon penampan juga mengganggu kestabilan tanah di bahagian tebing menyebabkan peningkatan risiko hakisan dan kelimpahan air. - Foto: UMT

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.