KANGAR: Kesemua masjid di Perlis dibenarkan dibuka sepenuhnya mulai esok (13 Okt) dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid secara berperingkat.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara SOP utama mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.
"Selari dengan suasana semasa dan kebenaran diumumkan kerajaan, beberapa perkara terdahulu yang dihadkan dengan ini dibenarkan seperti tiada lagi had kehadiran hanya kepada anak kariah dan mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri juga dibenarkan hadir ke masjid.
"Namun bagi mereka yang berstatus 'Person Under Investigation', 'Person Under Surveillance' dan berisiko dijangkiti, bergejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema tidak dibenarkan hadir ke masjid," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Baginda bertitah, sebarang sentuhan fizikal seperti bersalaman adalah dilarang dan penjarakan fizikal perlu terus diamalkan sama ada ketika mendirikan solat, sesi kuliah atau ceramah.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jemaah juga digalakkan agar memakai pelitup separuh muka jenis N95 atau K95 dengan kaedah dua pelitup muka, dilengkapkan dengan pelindung muka (face shield).
"Semua aktiviti pengimarahan sama ada solat fardu, solat Jumaat, solat jenazah, kuliah agama, ceramah dan akad nikah dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP. Namun aktiviti jamuan hendaklah dilaksanakan secara edaran.
"Semua masjid di seluruh Perlis tertakluk kepada arahan SOP ini, manakala surau atau tempat solat umum kekal tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada agensi, institusi, parti, maahad tahfiz, melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara SOP utama mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esok
Antara SOP ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.