KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk mengadakan solat tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan semua aktiviti tersebut yang berkuat kuasa 1 Ramadan di masjid dan surau yang berdaftar di Perlis itu perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan.
"Bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAIPs, di sini, hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah sesi pertama dilakukan pada 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala sesi kedua mulai 10.30 malam sehingga 12.00 tengah malam.
Syed Faizuddin bertitah masjid dan surau tidak dibenarkan menjemput imam dari luar Perlis kecuali telah mendapat kebenaran khas daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Baginda bertitah, warga asing juga dibenarkan solat tarawih kecuali Individu Dalam Siasatan (PUI) dan Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS).
"Aktiviti pengimarahan masjid lain yang dibenarkan adalah seperti solat sunat witir, tazkirah, tadarus, iftar, gotong-royong, qiyamullail, pengagihan sumbangan dan lain-lain selagi ia mematuhi SOP dan penjarakan fizikal satu meter," titah baginda.
Menurut baginda aktiviti di masjid hendaklah ditamatkan sebelum 12.30 tengah malam bagi melakukan proses pembersihan dan nyah kuman.
"Masjid akan dibuka semula pada 4.00 pagi, namun pada 10 hari terakhir Ramadan masjid akan dibuka pada 3.00 pagi," titah baginda.
Selain itu, titah baginda hanya jemaah yang berdaftar dengan jawatakuasa kariah masjid, dibenarkan beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan dengan syarat melakukan penjarakan fizikal lima meter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

MAIPs membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk mengadakan solat tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus ketika tarawih
Mohd Isa berada di masjid menunaikan solat tarawih manakala isterinya, Nor Asmah Bohari, 58, dan dua anak tiada di rumah.

Ramadan tak halang latihan silat, ambil iktibar perjuangan Rasulullah
Walaupun berada di bulan Ramadan, Akademi Silat Memanah Seremban (AMS) meneruskan latihan mingguan bagi pesilat kanak-kanak dan remaja di Masjid Hussain, Seremban.

Lagi masjid sediakan perkhidmatan jaga anak ketika ibu bapa solat tarawih
Pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Perlis mengambil inisiatif menyediakan bilik khas di masjid itu untuk perkhidmatan mengasuh kanak-kanak sepanjang Ramadan.

Pusat jagaan kanak-kanak di masjid bantu ibu bapa tenang bertarawih
Penyediaan khidmat jagaan kanak-kanak di bawah Program Tarbiyatul Aulad di Masjid Wilayah Persekutuan membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan tenang tanpa risau akan keselamatan anak.

90,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun dihalang Israel
Jumlah tersebut merupakan jemaah terbesar yang pernah menghadiri solat di Masjid Al-Aqsa dalam beberapa bulan ini.

Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.

Tradisi memalu beduk hidupkan suasana Ramadan di Cherok Tokun Bawah
Langkah itu antara lain bertujuan menghidupkan semula tradisi lama serta mengimbau nostalgia suasana menyambut Ramadan zaman dahulu.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih di seluruh masjid dan surau pada Ramadan tahun ini.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Pengerusi masjid Palembang meninggal dunia ketika sedang sujud solat tarawih
Seorang pengerusi masjid di Palembang dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan sedang sujud semasa menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan tahun ini.