KUALA LUMPUR: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini melaporkan Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021.
PlanMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor penuh ‘Bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.
Bahkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi ketiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor 'Bahagia' penuh bagi semua kawasan yang dinilaikan.
Sebanyak 14 soalan ditanya dalam kaji selidik itu bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 pada 22 Mac lepas.
Antara soalan yang ditanya termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.
Soalan tersebut berdasarkan situasi di Malaysia namun di peringkat dunia, ada lima perkara penting dalam menentukan indeks kebahagiaan di sesuatu kawasan seperti dilaporkan Inc.com.
Berikut adalah lima faktor tersebut:
1. Kurang waktu perjalanan ke tempat kerja
Pertamanya adalah semakin kurang masa perjalanan ke tempat kerja, semakin bahagia individu di sesebuah kawasan, lapor kajian daripada United Kingdom's Office for National Statistics (ONS).
Menurut ONS, mereka yang bergerak menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja lebih bahagia daripada mereka yang menggunakan kenderaan peribadi.
2. Kurang bahagia di kawasan sejuk
Selain itu, cuaca juga memainkan peranan dan lokasi yang penting yang mana individu yang tinggal di kawasan sejuk kurang gembira berbanding kawasan panas.
3. Lebih bahagia di kawasan banyak kemudahan
Faktor ketiga, mereka yang tinggal di kawasan lebih banyak kemudahan dekat dengan semua tempat tumpuan lebih bahagia berbanding mereka yang tinggal di luar bandar, kemudahan jauh dan perlu bergerak ke sana-sini menggunakan kereta.
4. Kehijauan alam menghadirkan kegembiraan
Penduduk bandar kerap rasa ‘terhimpit’ dengan bangunan-bangunan di sekeliling mereka dan itu menjadi faktor keempat mengurangkan indeks kebahagiaan individu.
Kajian menunjukkan individu lebih bahagia di kawasan yang lebih banyak kehijauan dan kerana itu, penduduk bandar gemar ke kawasan-kawasan hijau apabila mereka bercuti.
5. Populasi berpendidikan tinggi
Faktor kelima penentu indeks kebahagiaan adalah tahap pendidikan yang mana kertas kerja “Unhappy Cities” menunjukkan kawasan dengan populasi lebih berpendidikan melaporkan tahap kebahagiaan yang lebih tinggi.
Penemuan itu turut disokong hasil kajian lepas yang dilakukan Gallup-Healthways Metro pada tahun 2010.
Astro Awani
Sun Apr 03 2022
![Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021 Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648976507_HappyYouth.jpg)
Semakin kurang masa perjalanan ke tempat kerja, semakin bahagia individu di sesebuah kawasan, lapor kajian daripada United Kingdom's Office for National Statistics (ONS). - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709002245_TBsilhouettepasa.jpg)
Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar
Ketika ramai anak muda memilih menamatkan zaman bujang, tidak kurang juga sebilangan besar golongan itu yang memilih untuk bersendirian.
![Jangan harapkan pasangan 'perfect', terima seadanya pasti bahagia Jangan harapkan pasangan 'perfect', terima seadanya pasti bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677372361_TBKELUARGA.jpg)
Jangan harapkan pasangan 'perfect', terima seadanya pasti bahagia
Melalui perkongsian Ustaz Datuk Kazim Elias, ada empat perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan.
![Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658481906_etuaPerangkawanDat.jpg)
Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
![Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021 Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648976507_HappyYouth.jpg)
Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021
ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor penuh Bahagia dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.
![Malaysia negara ke-35 paling bahagia di dunia Malaysia negara ke-35 paling bahagia di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547288096_kualalumpur.jpg)
Malaysia negara ke-35 paling bahagia di dunia
Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam senarai negara paling bahagia di dunia.
![Siti Saleha tak tolak ada anak dalam masa terdekat Siti Saleha tak tolak ada anak dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520743169_sallywho.jpg)
Siti Saleha tak tolak ada anak dalam masa terdekat
Siti Saleha mengakui dirinya tidak menolak untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat ini setelah hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga.
![Bolehkah wang membeli kebahagiaan? #BringingHumanityBack Bolehkah wang membeli kebahagiaan? #BringingHumanityBack](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61426162192_295x200.jpg)
Bolehkah wang membeli kebahagiaan? #BringingHumanityBack
Benarkah wang boleh membeli kebahagiaan? Jika tidak untuk anda, cuba eksperimen sosial ini. Cuba bantu orang lain dengan wang anda & lihat reaksi penerima itu.