KUALA LUMPUR: Penurunan harga Beras Putih Import (BPI) yang berkuat kuasa semalam, perlu dilaksanakan bersekali dengan tindakan penguatkuasaan tegas bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Penguatkuasaan itu bukan sekadar memastikan penjual mematuhi harga yang telah ditetapkan, tetapi juga perlu melibatkan langkah sewajarnya bagi memastikan BPI yang dijual di Malaysia hanya untuk jualan di dalam negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T. Saravanan berkata, pihak berkaitan khususnya yang mengawal sempadan negara perlu lebih tegas bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan daripada penurunan harga itu.
"Ketika ini, harga beras di luar negara mencecah RM38 dan ia merupakan perbezaan harga yang ketara di negara kita (selepas penurunan harga). Kami khuatir ada pihak yang akan menjual semula dengan kaedah pembungkusan semula serta penyeludupan ke sempadan negara," katanya.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan penurunan harga BPI antara RM2 hingga RM3 berkuat kuasa pada Rabu, yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Ketua Jabatan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak, Prof Madya Zainizam Zakaria juga mahu melihat penurunan itu seiring dengan penguatkuasaan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menjual pada harga tidak ditetapkan.
Selain itu, Zainizam yang juga pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI berharap peniaga produk berasaskan beras dapat menurunkan harga barangan jualan mereka berdasarkan penurunan harga yang telah diumumkan.
"Jika peniaga telah membeli stok dengan harga lama mungkin mereka tidak boleh menurunkan lagi harga produk, tetapi jika mereka membeli stok baharu yang lebih rendah, maka harga makanan berasaskan nasi boleh diturunkan bagi membantu pengguna berjimat kesan daripada penurunan harga beras itu," katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George juga berharap pihak berwajib melakukan pemantauan kerap terhadap penjual, serta menasihati pengguna supaya memainkan peranan dengan membeli hanya mengikut keperluan.
"Penurunan harga ini akan membawa hasil jika pengguna, khususnya mereka yang mempunyai kuasa beli tinggi tidak tamak membeli secara pukal atau borong sehingga menjejaskan peluang membeli bagi golongan pertengahan dan mereka yang berpendapatan rendah.
"Jangan tamak dan jangan lakukan pembelian panik. Kita mesti berdisiplin supaya matlamat penurunan harga ini, yang antara lain mahu meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras membawa hasil," katanya yang juga mencadangkan supaya kuota pembelian dapat dilakukan, jika perlu.
Senada ialah Exco Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob yang optimis bekalan beras dapat ditingkatkan kerana penurunan harga itu membolehkan "sedikit sebanyak orang akan membeli BPI".
Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata, penurunan harga itu dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat, walaupun harga Beras Putih Tempatan (BPT) masih lebih murah daripada BPI.
"Walaupun begitu, langkah berkenaan membantu mengatasi masalah kekurangan beras kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada BPT, menyebabkan perlu untuk mengimport beras bagi memenuhi keperluan domestik.
"Selain intervensi harga buat masa ini, kerajaan menggalas tanggungjawab lebih besar iaitu mencari kaedah untuk mengoptimumkan pengeluaran padi negara supaya bekalan BPT pada masa depan lebih terjamin," katanya.
Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor, Md Salleh Sadijo pula menyifatkan langkah kerajaan MADANI menurunkan harga jualan runcit BPI menunjukkan mereka mendengar keluh-kesah rakyat dan sedikit sebanyak cuba membantu meringankan kos sara hidup dihadapi rakyat.
Pesara Abdul Rahman Ahmed, 79, dari Pengkalan Chepa, Kelantan berkata, penurunan harga itu melegakannya kerana membantu keluarganya yang pada kelaziman memerlukan lima kilogram beras setiap minggu.
Senada ialah suri rumah Haryati Mamat, 50, dari Sabak Bernam, Selangor yang menyifatkan penurunan harga itu "sesuai pada masanya" kerana beras menjadi keperluan utama ramai orang sepanjang bulan Ramadan ini dan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Untuk persiapan hari raya kita juga banyak membeli beras. Selain ramai ahli keluarga balik berkumpul di kampung, ada juga juadah raya yang menggunakan beras. Rasa lega sedikit bila ada pengurangan harga ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Penurunan harga Beras Putih Import yang berkuat kuasa semalam, perlu dilaksanakan bersekali dengan tindakan penguatkuasaan tegas bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai. - Gambar hiasan

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.

Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.

NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News

Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.

Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.

Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.

Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?

FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.

Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.