KUALA LUMPUR: Struktur demokrasi dari segi persempadanan yang tidak sekata dan manipulasi pilihan raya memberi impak secara langsung kepada anak muda.
Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, ini kerana ia boleh menyumbang kepada kurangnya kuasa, suara malah hak memilih pemimpin juga akan terjejas.
"Mengikut statistik, 72 peratus anak muda tinggal di bandar, dan kita tahu isu berkaitan persempadanan yang tidak adil ini paling memberi kesan kepada kawasan-kawasan bandar.
"Kita lihat semula kepada kerangka Undi18 dan automatic voter registration, tujuannya adalah mahu meningkat bilangan pengundi dalam kalangan anak muda.
"Menjelang pilihan raya seterusnya, kita akan ada pertambahan pengundi 7.8 juta, bertambah 50 peratus. Jadi isu persempadanan ini penting dan perlu ditangani segera," katanya dalam webinar berjudul Sempadan Pilihan Raya: Anak Muda Rugi Kalau Tak Ubah?, pada Rabu.
Jelas Tharma, tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.
"Kalau kita ada satu sistem seperti proportional representation atau perwakilan berkadar, tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya rakyat akan rasa demokrasi kita lebih sejajar dengan pola pengundian rakyat.
"Saya berpendapat, cara yang boleh kita lakukan ialah dengan mengubah perlembagaan persekutuan untuk pastikan ada sistem safeguard tertentu yang membantu mengelakkan manipulasi politik.
"Kenapa kita ada di tempat sekarang? Kerana manipulasi di peringkat perlembagaan pada tahun 60an dan 70an dahulu. Kalau kita nak selesaikan, kita perlu kembali kepada semangat perlembagaan semasa negara ini dibina bersama," tegasnya.
Tharma bagaimanapun mengakui rakyat mungkin belum bersedia dengan perubahan, namun menggesa orang ramai melihat kesannya pada masa akan datang.
"Apa saja konsep atau perubahan, mesti ada yang tak faham. Kalau kita tanya sekarang, masih ramai yang tak faham apa beza Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun kita sudah pakai sistem ini berpuluh tahun.
"Kenapa kita perjuangkan Undi18 dahulu? Kerana kita mahu nyalakan api perubahan, dan sekarang kita sudah nampak sedikit demi sedikit.
"MOE (Kementerian Pendidikan) contohnya, selepas kita pinda perlembagaan Undi18, ada pindaan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) untuk membolehkan pilihan raya dijalankan di sekolah.
"Ini yang berlaku apabila kita lakukan reformasi besar," katanya.
Madiha Abdullah
Wed Jul 14 2021
![Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18 Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/51518681041_950x600.jpg)
Tharma mengakui rakyat mungkin belum bersedia dengan perubahan dalam sistem pilihan raya, namun menggesa orang ramai melihat kesannya pada masa akan datang. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730858374_ElectionAmeric.jpg)
Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan
Masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720235260_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
![PRK Sungai Bakap: 39,222 pengundi pilih wakil rakyat baharu hari ini PRK Sungai Bakap: 39,222 pengundi pilih wakil rakyat baharu hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720168707_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: 39,222 pengundi pilih wakil rakyat baharu hari ini
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail.
![Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720193575_TBSgBakap.jpg)
Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis
Tiada lokasi dikategorikan sebagai 'hotspot' atau kawasan panas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, esok.
![Pemilu 2024: Gibran terus pulang ke rumah setelah 'coblos', mahu pantau kiraan undi Pemilu 2024: Gibran terus pulang ke rumah setelah 'coblos', mahu pantau kiraan undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707896473_TBgibranrakabumin.jpg)
Pemilu 2024: Gibran terus pulang ke rumah setelah 'coblos', mahu pantau kiraan undi
Anak kepada Presiden Jokowi itu melunaskan tanggungjawab mengundi bersama isterinya di Kecamatan Banjarsari, Kota Solo.
![Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703405239_AMANAH.jpg)
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
![Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689722741_PitaLimjaroenrat.jpg)
Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini
Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
![Turkiye adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden pada Ahad Turkiye adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden pada Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683950685_TBTURKIYEGEMANELECTI.jpg)
Turkiye adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden pada Ahad
Turkiye akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 14 Mei lepas.
![Mampukah DAP tarik undi orang Melayu? Mampukah DAP tarik undi orang Melayu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684632977_DAPFLAG.jpg)
Mampukah DAP tarik undi orang Melayu?
Pelbagai reaksi positif dan negatif dilontarkan, malah ada yang mengatakan bahawa ia melanggar dan bertentangan dengan dasar parti.
![Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/81573781661_TBESCOOTERjpg.jpg)
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.