KUALA LUMPUR : ORANG ramai perlu divaksin secepat mungkin bagi mengurangkan kadar penularan varian COVID-19 yang lebih berbahaya, demikian saranan bekas Penasihat Kebangsaan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Christopher Lee.
Sambil menyifatkan situasi sekarang sebagai “perlumbaan antara vaksin dan virus” ujar beliau, cara terbaik untuk mengurangkan kadar mutasi virus COVID-19 dalam komuniti adalah menerusi vaksinasi.
“Setiap kali virus COVID-19 merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain, mutasi virus boleh berlaku. Jika ia tidak berpeluang untuk merebak, ia tidak akan dapat bermutasi. Berdasarkan fakta itu, sekiranya satu komuniti dijangkiti COVID-19, risiko mutasi akan meningkat dan lama-kelamaan, ia akan menjadi varian yang dominan seperti Delta sekarang,” kata beliau dalam sesi webinar bertajuk Merdeka Daripada COVID-19 anjuran Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish baru-baru ini.
Mutasi adalah perubahan yang berlaku pada bahan genetik semasa proses replikasi untuk menghasilkan virus yang mempunyai sifat yang berbeza berbanding virus asal.
Biarpun virus COVID-19 sudah beberapa kali bermutasi, namun varian Delta yang kini dominan di seluruh dunia merupakan yang paling berbahaya ketika ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini turut memberi amaran kepada dunia agar segera mengekang varian Delta sebelum ia bermutasi lagi dan menjadi sesuatu yang jauh lebih teruk.
Tambah Dr Christopher, vaksin COVID-19 yang sedia ada sekarang masih berupaya melawan varian Delta dan memberi perlindungan mencukupi: "Secara amnya vaksin-vaksin di Malaysia masih berkesan terhadap Delta. Vaksin adalah masih cara terulung untuk mengekang penularan virus itu.
"Namun ia adalah seperti satu ‘perlumbaan’ - kalau lebih ramai orang dijangkiti, risiko varian baharu akan berlaku; jika tidak ramai dijangkiti, risiko mutasi akan mengurang. Sebab itu, kita perlu vaksinasi orang lebih cepat daripada virus itu boleh berjangkit," katanya lagi.
Selain mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 selepas menerima vaksin, tambah Dr Christopher, kajian terbaharu juga menunjukkan tempoh varian Delta dapat membiak di dalam hidung individu yang divaksin juga lebih singkat berbanding mereka yang belum diberi vaksin.
"Walaupun virus boleh dikesan di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak, namun tempoh masa virus itu membiak di dalam hidung mereka yang sudah menerima vaksin akan menurun sebanyak 50 peratus lebih cepat berbanding golongan yang belum mendapatkan vaksin.
"Contohnya, bagi yang belum divaksin, virus itu didapati membiak di dalam hidung selama seminggu berbanding hanya 3 hari bagi mereka yang sudah divaksin, sekaligus mengurangkan kadar jangkitan," katanya.
Tegas Dr Christopher lagi, vaksinasi adalah penting bagi melindungi golongan yang masih belum dapat menerima vaksin seperti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
"Selagi kita tidak dapat memberi vaksin kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun, kita perlu melakukan apa yang terdaya bagi melindungi mereka dan salah satu cara terbaik adalah untuk orang dewasa termasuk ibu bapa dan guru segera mendapatkan vaksin bagi melindungi anak-anak kita," katanya.
Setakat ini, hanya kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun dijangka diberikan vaksin COVID-19 mulai 15 September, menerusi fasa ke-5 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), khususnya bagi golongan yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Sementara itu, ujian klinikal masih sedang dijalankan terhadap kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
Sesi webinar yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang The Petri Dish, Dr Mahaletchumy Arujanan itu adalah sebahagian daripada kempen kesedaran #YakiniVaksin yang bertujuan untuk melawan mitos dan salah faham tentang vaksin COVID-19.
Kempen ini turut disokong oleh syarikat farmaseutikal Malaysia, Duopharma Biotech Berhad sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Astro Awani
Thu Sep 02 2021

Vaksinasi adalah penting bagi melindungi golongan yang masih belum dapat menerima vaksin seperti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. - Foto fail/BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019.

Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza
527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin.

Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel
Kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun diteruskan untuk hari kedua di tengah Semenanjung Gaza pada Isnin.

Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.

China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.

AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.

COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.