KUALA LUMPUR: Syarikat e-sukan tanah air, Todak Studios malam tadi melancarkan permainan dalam talian, 'Police Sentri' yang bakal mengembalikan kenangan kepada permainan zaman kanak-kanak.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan yang lebih dikenali sebagai Neo Todak berkata, 'Police Sentri' diangkat daripada permainan tradisional kanak-kanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepkan polis dan pencuri.
"Kita tahu generasi baru hari ini suka bermain dengan peranti dan kita tak nak permainan itu terus dilupakan sebab 'Police Sentri' ini agak unik, tetapi kalau nak ajar kanak-kanak sekarang pun tidak sesuai kerana situasi pandemik COVID-19, jadi kita bawa ke dalam talian.
"Permainan ini mudah kerana kita memang nak tarik minat-kanak-kanak dan kita nak masuk dalam mobile gaming," katanya dalam majlis pelancaran menerusi lintas langsung di Facebooknya, malam tadi.
Sementara itu Pengasas Todak Studios, Khairul Azlan Zainal Ariffin yang dikenali sebagai Lan Todak berkata permainan itu disiapkan oleh pasukannya dalam keadaan yang sangat mencabar, dengan semua pekerja perlu bekerja dari rumah dan menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Beliau turut berharap permainan ini akan menjadi satu titik permulaan kepada pasukannya menghasilkan lebih banyak permainan dalam talian pada masa akan datang.
Police Sentri, secara dasarnya dimainkan secara dalam talian dengan seramai 10 pemain dibahagikan kepada dua pasukan iaitu untuk menjadi polis dan pencuri.
Sama seperti zaman kanak-kanak, pasukan polis perlu menangkap semua pencuri dan diletakkan ke dalam penjara manakala pencuri harus melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat untuk memenangi permainan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021

'Police Sentri' diangkat daripada permainan tradisional kanak-kanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepkan polis dan pencuri. - Foto Instagram/Todak Studios
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Permainan 'Police Sentri' dilancar secara rasmi
Police Sentri, secara dasarnya dimainkan secara dalam talian dengan seramai 10 pemain dibahagikan kepada dua pasukan iaitu polis dan pencuri.