PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memasukkan afidavit bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam usaha beliau menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta yang dihadapinya.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara menolak permohonan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman berkaitan keterangan tambahan semasa rayuan itu.
Abdul Karim, yang bersidang bersama Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bagaimanapun membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mengemukakan keterangan lain dalam rayuannya.
Keterangan itu ialah surat pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya ad-hoc dan afidavit bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki serta Sri Ram daripada prosiding lain (permohonan semakan kehakiman).
Perkara itu disahkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam yang hadir bagi pihak pendakwaan.
Pada September tahun lepas, Muhammad Shafee telah memfailkan permohonan untuk memasukkan keterangan tambahan sebagai sokongan kepada rayuannya dalam usaha menggugurkan Sri Ram.
Muhammad Shafee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April 2019 yang menolak permohonannya untuk menggugurkan Sri Ram daripada kes pengubahan wang haram yang dihadapinya. Perbicaraan kes itu belum bermula.
Pada 14 Jun 2020, dilaporkan bahawa Mohamed Apandi telah memfailkan afidavit berhubung dakwaan bahawa Sri Ram cuba memujuknya ketika beliau menjadi peguam negara untuk menahan Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal 2018.
Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 September 2018 atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram menerusi cek yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad beliau.
Beliau didakwa menerima sekeping cek bernilai RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan sekeping lagi bernilai RM5.2 juta pada 17 Februari 2014 di CIMB Bank Bhd Taman Tunku, Bukit Tunku di sini.
Muhammad Shafee turut berdepan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Duta di Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015. - Bernama
Bernama
Mon Mar 01 2021

Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 September 2018 atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram. - Gambar fail

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.