KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya membabitkan projek hibrid solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan yang dijadualkan esok, telah ditangguhkan kepada 17 Jun.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar, dalam e-mel kepada kedua-dua pihak, berkata Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mengkaji surat daripada peguam dan mendapatkan maklum balas daripada pendakwaan.
"Pendengaran pada 3 Jun menerusi aplikasi Zoom dengan kedua-dua pihak dijangka mengemukakan hujahan masing-masing akan ditangguhkan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh oleh kerajaan. Permohonan itu akan didengar di mahkamah terbuka pada 17 Jun.
"Tarikh 15 dan 16 Jun yang ditetapkan untuk mendengar pembelaan Rosmah turut dilapangkan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi mengesahkan penangguhan kedua-dua pendengaran.
"Difahamkan bahawa pembelaan telah memohon agar pendengaran permohonan itu didengar dalam prosiding mahkamah secara terbuka," katanya.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Mei lepas untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan kes rasuah terhadapnya dalam usaha membebaskan diri daripada ketiga-tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Rosmah, 69, memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju memberikannya kepada pasukan pembelaan.
Rosmah membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.
Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, hari Rosmah didakwa di mahkamah dan tidak ditandatangani oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Peguam Negara ketika ini iaitu Tan Sri Idrus Harun.
Pada 18 Feb 2021, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah dan menetapkan sembilan hari iaitu 9,10,15,16,17,22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk mendengar keterangan Rosmah serta saksi pembelaan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mengkaji surat daripada peguam dan mendapatkan maklum balas daripada pendakwaan. - Gambar fail
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
ASEAN 2025 | 16 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.
Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.