KUCHING: Permohonan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam yang akan diumumkan dalam masa terdekat, perlu lancar tanpa melalui proses birokrasi yang ketat.
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Volibia Kasten Bilim, 23, yang berasal dari Miri, Sarawak berkata ini bagi memudahkan permohonan bagi subsidi itu yang memberi manfaat besar terutamanya buat pelajar dari Sabah dan Sarawak.
Inisiatif itu juga dapat mengurangkan beban pelajar yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap bagi membeli tiket penerbangan yang mahal, menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah itu.
"Pelajar juga mempunyai banyak komitmen perbelanjaan lain, jadi kami anak Sarawak di UPSI perlu mengutamakan perbelanjaan lebih penting dan ada antara kami yang sudah dua tahun tidak balik ke Sarawak.
"Mereka yang tidak dapat balik biasanya akan bekerja semasa cuti semester dan mereka ini rindukan keluarga mereka, jika ada subsidi pembelian tiket ia sangat membantu kami," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan bermula 15 Ogos ini.
Loke berkata ia akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Inisiatif itu bakal memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.
Baucar tersebut hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly serta MYAirline dan tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Okt tahun ini.
Dalam pada itu, Exco Akademik dan Intelektual bagi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) Mohd Nur Azuwan Rali, 25, berkata selain mempercepat proses permohonan bantuan berkenaan, kerajaan harus meneliti keperluan memperluas subsidi itu kepada pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi swasta.
Beliau berkata bantuan subsidi sedemikian merupakan langkah yang proaktif dalam meringankan beban pelajar tempatan IPT secara keseluruhan, khususnya mereka yang tergolong dalam B40 yang berhadapan dengan masalah kewangan untuk pergi dan balik ke negeri masing-masing.
"Kerajaan juga diharap menyediakan tempat tinggal bersewa dengan kadar yang rendah untuk pelajar menetap 'sementara' sebelum balik ke kampung halaman, untuk pelajar dari Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung menggunakan inisiatif ini," kata pelajar jurusan Syariah dengan Undang-Undang itu.
Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu, pelajar universiti awam perlu membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Inisiatif itu bakal memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta. - Gambar fail/ Bernama

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.

AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Subsidi tiket penerbangan komitmen kerajaan ringankan kos sara hidup rakyat - Armizan
Armizan berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup dalam sektor pengangkutan.

Permohonan subsidi tiket penerbangan pelajar IPTA perlu lancar, tanpa birokrasi
Permohonan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam yang akan diumumkan dalam masa terdekat, perlu lancar tanpa melalui proses birokrasi yang ketat.

Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.