KUALA LUMPUR: Pengalaman dalam talian-luar talian yang lancar kini diikenal pasti sebagai satu keperluan asas bagi peruncit dalam landskap peruncitan dan perniagaan yang berkembang pesat.
Menurut kajian KPMG dan GS1, sebuah organisasi piawaian antarabangsa dengan ahlinya berada di lebih 100 negara, yang meninjau 7,000 responden di 14 pasaran di rantau Asia Pasifik mendapati 49 peratus responden dari Malaysia selesa membeli-belah menerusi dalam talian dan secara fizikal di kedai.
Dalam kenyataan, KPMG menjelaskan kajian itu mendapati 27 peratus lagi responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
Rakan Kongsi dan Ketua Sektor Pengguna dan Runcit di KPMG Malaysia Ngu Heng Sing berkata pihaknya mendapati tumpuan beli-belah adalah secara tradisional dan digital.
"Di Malaysia, kami mendapati penumpuan kecenderungan membeli-belah secara tradisional dan digital, terutama dalam kalangan pengguna Gen-Z," katanya.
Beliau berkata dalam era yang ditentukan oleh peningkatan sensitiviti harga dan kelancaran digital pengguna, keperluan untuk jenama dan peruncit menerima guna penyepaduan yang lancar, inovasi teknologi dan hubungan diperibadikan tidak boleh diperkecilkan.
"Apabila menerima semua prinsip ini, mereka boleh memupuk hubungan yang berkekalan dan memberi pengalaman transformatif yang menentukan semula masa depan perniagaan," katanya.
Kajian itu juga mendapati aplikasi perbankan mudah alih adalah kaedah pembayaran dalam talian pilihan bagi kalangan pengguna Malaysia, dengan keselamatan dan risiko penipuan menjadi faktor paling penting dalam memilih kaedah pembayaran.
Selain itu, Malaysia mencatatkan kadar ketidakpuasan hati kedua tertinggi pada 27 peratus dengan pengesyoran produk dipacu kecerdasan buatan (AI), hampir setara dengan Singapura pada 28 peratus.
Menurut KPMG, Malaysia juga mencatatkan kadar penggunaan kedua terendah untuk langganan, yang boleh termasuk perkhidmatan yang dihantar secara digital seperti media atau hiburan serta produk barangan pengguna cepat laris.
Menurut kajian itu hanya 26 peratus responden pada masa ini melanggan bekalan produk, manakala 50 peratus tidak pernah melanggan.
Perkara itu menunjukkan syarikat perlu berfikir di luar kelaziman ketika membangunkan program kesetiaan pelanggan masing-masing, tambahnya.
Kajian itu juga mendapati pengguna Malaysia menerima guna produk mampan, dengan 93 peratus secara aktif mencari produk tersebut.
"Walau bagaimanapun, 44 peratus responden Malaysia mengharapkan pilihan mampan ditawarkan pada harga yang kompetitif dengan pilihan lain, manakala hanya 32 peratus responden bersedia untuk membayar pada harga premium," jelas KPMG.
Laporan itu juga mendapati perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) (Beli Sekarang, Bayar Kemudian) semakin memperoleh daya tarikan di seluruh rantau ini.
Menurut KPMG kajian itu mendapati rakyat Malaysia secara amnya amat menyedari perkhidmatan BNPL, dengan hanya 10 peratus tidak mengetahuinya dan kira-kira 28 peratus responden merentas semua kumpulan umur telah menggunakan perkhidmatan itu tahun lepas.
"Penggunaan tertinggi adalah dalam kumpulan umur 25 hingga 34 tahun (38 peratus)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Menurut KPMG, Malaysia juga mencatatkan kadar penggunaan kedua terendah untuk langganan, yang boleh termasuk perkhidmatan yang dihantar secara digital seperti media atau hiburan serta produk barangan pengguna cepat laris.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang
Putra Abdullah bakal berdepan cabaran getir menentang petinju berpengalaman dari Terengganu Sabri Thaivisih dalam kategori 62kg.
FAMA Perlis akan tambah bekalan kelapa hadapi Ramadan
FAMA akan bekerjasama dengan pemain industri untuk memastikan rantaian bekalan kelapa kekal mampan serta dapat memenuhi keperluan pengguna.
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025
KPMG Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu 20 syarikat pemula menerusi program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.
Perniagaan belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber
Perniagaan masih belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber meskipun mencatatkan kemajuan baik dalam membangunkan program pencegahan dan respons, kata KPMG.
Najib tidak pernah beri tekanan kepada KPMG tandatangan penyata kewangan 1MDB 2013 - Muhammad Shafee
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB.
Najib 'arah' saya tandatangani laporan audit 1MDB tahun 2013 - Saksi
Johari berkata Najib juga meminta pihak KPMG untuk pergi ke Hong Kong bagi melengkapkan proses audit, dan mahu audit dibuat dengan profesional dan konsisten dengan 'good governance'.
1MDB: Malaysia terima RM340.92 juta daripada KPMG, jumlah setakat ini RM19.138 bilion - MOF
Kerajaan telah menerima bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta daripada KPMG yang disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.
KPMG: CEO lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi tetapi bimbang dengan risiko rantaian bekalan
Tinjauan global yang dilakukan oleh KPMG International mendapati 59 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) di Asia Pasifik (APAC) kini lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi global.
1MDB: KPMG lunaskan tuntutan RM333 juta, antara penyelesaian terbesar di Asia Tenggara - MoF
Penyelesaian tersebut mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2012 terhadap KPMG.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
KPMG tidak lagi jadi juruaudit Serba Dinamik
Messrs KPMG PLT telah menyerahkan notis peletakan jawatannya sebagai juruaudit Serba Dinamik Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta.