PETALING JAYA : Perolehan berkenaan kenderaan rasmi jenis Mercedes S600 untuk kegunaan Perdana Menteri sempat dibatalkan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membuat semakan berkenaan perkara itu dan mendapati perolehan kereta tersebut boleh dibatalkan.
Memetik laporan BH Online, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry untuk segala urusan.
"Kereta Mercedes tak sampai...saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.
"Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal," katanya selepas menpengerusikan mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Isnin, seperti dipetik BH Online.
Antara yang hadir termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Anwar sebelum ini menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh JPM untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.
Langkah tersebut diambil kerana enggan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.
Sebaliknya, beliau memutuskan untuk menggunakan kenderaan yang terdapat di pejabat untuk kegunaan harian.
Beliau dalam masa yang sama turut mengumumkan untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.
Astro Awani
Mon Nov 28 2022
![Perolehan Mercedes S600 sempat dibatal, lebih selesa pakai Camry - PM Perolehan Mercedes S600 sempat dibatal, lebih selesa pakai Camry - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669650250_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri berkata, beliau lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry untuk segala urusan. - Foto BERNAMA
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025 61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736491723_tbProtoneMAS.jpg)
61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025
Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
![PM Anwar rasmi Proton e.MAS 7, jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025 PM Anwar rasmi Proton e.MAS 7, jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734341179_tbpelancaraneMAS.jpg)
PM Anwar rasmi Proton e.MAS 7, jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025
Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) pertama, e.MAS 7.
![EV kenderaan rasmi ASEAN: Pembangunan stesen pengecas diperhebat - Fadillah EV kenderaan rasmi ASEAN: Pembangunan stesen pengecas diperhebat - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713955324_TBcaskete.jpg)
EV kenderaan rasmi ASEAN: Pembangunan stesen pengecas diperhebat - Fadillah
Fadillah berkata pembangunan stesen pengecas EV akan diperhebat bagi menyokong hasrat kerajaan menjadikan EV sebagai kenderaan rasmi semasa kepengerusian ASEAN 2025.
![Sape bakal dipamer di Muzium Sukan Asia China Sape bakal dipamer di Muzium Sukan Asia China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692538322_Sape.jpg)
Sape bakal dipamer di Muzium Sukan Asia China
Sape atau sampe telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China.
![Kenderaan rasmi MB, Exco dipulang selepas penamaan calon - Aminuddin Harun Kenderaan rasmi MB, Exco dipulang selepas penamaan calon - Aminuddin Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686130029_AminuddinHarun.jpg)
Kenderaan rasmi MB, Exco dipulang selepas penamaan calon - Aminuddin Harun
Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
![Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669564401_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi
Langkah tersebut diambil kerana Anwar tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas beliau.
![Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582860073_jpg.jpg)
Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara
Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 pagi.
![Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522993359_AhmadYakob.jpg)
Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan
Kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob itu turut menyifatkan dakwaan yang dibuat itu sebagai fitnah dah berniat jahat.
![Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578737116_LimGuanEng.jpg)
Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng
Ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi.
![Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553224324_KERETA.jpg)
Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kangar.