KOTA BHARU: Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun sekali gus menggambarkan perpaduan semasa dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof berkata situasi ini membuktikan program serta pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kementerian telah membuahkan hasil dan mendapat kefahaman yang baik khususnya mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Beliau berkata daripada maklum balas yang positif berkenaan pihaknya menyasarkan untuk mencapai IPNas sebanyak 0.7 peratus menerusi dapatan kajian yang akan dijalankan tahun ini berbanding 0.6 peratus hasil dapatan pada tahun lepas.
"Pelbagai program dan inisiatif telah dijalankan oleh kementerian untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat termasuk kerjasama kefahaman agama yang mendapat kerjasama ketua-ketua agama pelbagai kaum di bawah program Jejak Harmoni.
"Menerusi program ini kita bincang apa-apa bentuk aktiviti yang boleh diperkenalkan dalam usaha untuk menghormati agama antara satu sama lain selain aktiviti untuk mendidik rakyat tentang perpaduan. Ini yang kita cari, bukan melanggar mana-mana sempadan atau sebagainya," katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kelantan, di sini, semalam.
Azman berkata pihaknya tidak menafikan ada kumpulan tertentu yang cuba 'membakar' atau menyentuh sensitiviti isu perkauman khususnya di media sosial memandangkan mereka tidak memahami tentang dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan.
"Di kementerian kami telah mewujudkan sistem e-Sepakat untuk menerima sebarang aduan termasuk isu sensitif dan juga 3R.
"Menerusi sistem berkenaan kita telah menerima sebanyak 47 aduan setakat ini dan setiap bulan kita akan melaporkan isu atau aduan yang diterima kepada Jemaah Menteri," katanya.
Beliau berkata setakat ini, ia terkawal dan kementerian ini bekerjasama dengan pelbagai agensi lain serta penguat kuasa berhubung isu perpaduan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Azman berucap pada Majlis Penutup Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kelantan, di Kota Bharu, 9 Jun 2024. - Foto Kementerian Perpaduan Negara

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perpaduan negara berada pada tahap terbaik
Azman berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara terbukti membuahkan hasil dan mendapat kefahaman yang baik.

Kementerian Perpaduan negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025
Kajian IPNas kali ketiga yang lebih komprehensif akan dimulakan pada tahun depan dan dilaksanakan KITA UKM.

Kementerian Perpaduan Negara bakal laksana IPNas kali ketiga tahun ini
Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) kali ketiga tahun ini.