IPOH: Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jalan Raja Dihilir di sini yang menjadi tumpuan umum ditutup selama setahun bermula 15 Januari lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan berkenaan.
Menurutnya, kerja-kerja yang melibatkan pembaikan bumbung dan lantai serta pendawaian itu dijadualkan siap pada Mei 2025 dengan kos RM2.7 juta di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Bahan bacaan yang ada di perpustakaan ini telah ditempatkan di dua unit rumah kedai yang kita sewa bagi tujuan keselamatan.
"Ada juga bahan-bahan ini yang kita hantar ke perpustakaan-perpustakaan cawangan di seluruh negeri.
"Jadi sepanjang penutupan ini, orang ramai boleh berkunjung ke semua perpustakaan cawangan dan desa yang ada di seluruh negeri untuk meneruskan aktiviti mereka khususnya menambah ilmu dan pengetahuan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Rafidah Abdul Aziz.
Khairudin berkata, kali terakhir bangunan tiga tingkat itu dinaik taraf pada 2002 lalu, namun hanya melibatkan bahagian tengah sahaja.
"Kali ini kita lakukan secara menyeluruh supaya tidak lagi berlaku masalah kebocoran dan sebagainya serta dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna apabila ianya siap nanti," katanya.
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak itu turut memaklumkan, pembaharuan yang dibawa kepada perpustakaan itu adalah selari dengan usaha kerajaan negeri ke arah perpustakaan digital.
"Perpustakaan digital ini memang dalam perancangan, prosesnya akan kita laksanakan sebaik kerja-kerja naik taraf fizikal bangunan ini selesai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 19 2024

Khairudin melihat keretakan lantai yang berlaku ketika lawatan kerjanya ke Perpustakaan Awam Negeri Perak. - Foto Sinar Harian
"Tiada sesiapa usir rakyat Palestin dari Gaza" - Trump
"Tiada sesiapa yang akan mengusir rakyat Palestin dari Gaza", itu ujar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun sebelum ini beliau sendiri yang mencadangkan agar AS mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi sebuah "Riviera" di Asia Barat.
"Jika ini takdir saya, maka biarlah begitu" - Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan pesanan kepada rakyat Filipina semasa dalam perjalanan ke The Hague.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.

MAINJ diminta semak semula senarai penerima zakat fitrah - Exco Agama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.
[TERKINI] Kanak-kanak ‘diculik’ bersama kereta curi, suspek panik dan lari
Di Setia Alam, seorang guru tadika berdepan situasi mencemaskan apabila keretanya dicuri dengan anak sulungnya yang berusia enam tahun masih di dalamnya.
Kejadian berlaku ketika beliau menghantar anak keduanya ke pusat asuhan.
Kejadian berlaku ketika beliau menghantar anak keduanya ke pusat asuhan.

Meta disaman penerbit, penulis buku di Perancis disebabkan AI
Dalam kes yang masih dibicarakan, Meta mengaku gunakan karya penulis bersaiz sekurang-kurangnya 81.7TB yang dicetak rompak menerusi Torrent.
Siti Nurhaliza terharu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terkejut dengan pemilihan lagu Anta Permana oleh Putera Charles di sepuluh carta teratas dari The King’s Music Room yang disiarkan oleh Apple Music 1.

Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya
Faisal Halim bakal membuat kemunculan semula dalam senarai Harimau Malaya selepas setahun.
Jaminan pembayaran kepada vendor, pacu kelangsungan industri
Menurut Presiden Majlis Perkhidmatan Minyak, Gas dan Tenaga Malaysia (MOGSC), Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, penstrukturan semula syarikat sering kali memberi kesan negatif kepada vendor, terutamanya apabila terpaksa menghadapi pemotongan jumlah hutang yang dikenali sebagai "haircut".
Proses audit tambahan akan dilaksanakan sebagai pra syarat - PM
Proses audit telah dilaksanakan dan ketekunan wajar (due diligence) tambahan akan dilaksanakan sebagai prasyarat dalam memuktamadkan penstrukturan semula dan suntikan modal RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB).
[TERKINI] Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 9.48 pagi pada Khamis.
Beliau yang hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya itu sempat melambai tangan kepada petugas media.
Beliau yang hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya itu sempat melambai tangan kepada petugas media.

Perpustakaan Awam Negeri Perak ditutup setahun
Penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan berkenaan.