GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM5 juta bagi pembangunan Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang (PIDL), sebuah perpustakaan Islam secara maya berkonsep moden di negeri itu yang dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PIDL yang mempunyai lebih 1,500 bahan bacaan islamik secara digital akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) iaitu institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
"Sebagaimana kunjungan pertama saya ke KITAB sekitar Disember lepas, hari ini saya gembira untuk kembali ke sini bagi bersama-sama menyaksikan satu lagi mercu kebanggaan kita bersama iaitu PIDL akhirnya berjaya direalisasikan dengan jayanya.
"Sama seperti Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) sedia ada, kerajaan negeri berharap kemudahan ini (PIDL) dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar dan golongan profesional di segenap institusi serta seluruh warga Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PIDL dan Al-Hady Centre (AHC) serta sambutan Jubli Perak KITAB oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB, Dr Roslan Ahmad.
Chow berkata, PIDL sebagai pusat sumber maklumat secara digital juga akan saling melengkapi fungsi dan peranan AHC sebagai sebuah entiti atau pusat tanggungjawab yang mengintergrasikan pemikiran serta ketamadunan Islam melalui aktiviti penyelidikan secara saintifik.
Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, komitmen yang telah digerakkan oleh KITAB merupakan usaha yang seiring dengan Gagasan Khaira Ummah 2030 iaitu satu pelan pembangunan komprehensif umat Islam di Pulau Pinang yang bertujuan mempersiapkan umat Islam yang terbaik untuk Pulau Pinang menjelang 2030.
Beliau yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, gagasan Khaira Ummah 2030 juga antara lain bagi memberdayakan umat Islam di Pulau Pinang menerusi program pembangunan keilmuan, ekonomi, kekeluargaan, anak muda dan kerohanian.
"Bagi memenuhi hasrat dan agenda besar memartabatkan KITAB sebagai universiti menjelang 2030, MAINPP telah meluluskan cadangan membangunkan kampus KITAB berasaskan wakaf di atas tanah serahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada MAINPP seluas tujuh hektar di Bandar Cassia, Batu Kawan dekat sini.
"Pembangunan kampus KITAB Bandar Cassia itu adalah berkonsepkan wakaf iaitu ke arah mewujudkan sebuah Universiti Islam Berasaskan Wakaf di Pulau Pinang menjelang 2030," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menurunkan tanda tangan pada plak perasmian Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang. Hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (kanan). - Gambar Facebook CHOW KON YEOW
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang kini dibuka untuk orang ramai
PIDL yang mempunyai lebih 1,500 bahan bacaan islamik secara digital akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB).