KUALA LUMPUR : Persamaan tema malah beberapa ayat dalam kenyataan media Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sudah dijangka.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.
“Tak ada peliknya jika ada persamaan, sebab sejak sebelum Proklamasi Darurat diumumkan nada individu tertentu dalam UMNO lebih mirip kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH berbanding suara kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Ia sesuatu yang sudah dijangka sejak beberapa bulan dulu.
“Cuma persoalan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, adakah itu nada dan kehendak individu tertentu atau nada dan kehendak sebenar parti,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Annuar dakwa UMNO kini bawah pengaruh Anwar
Meskipun beliau tidak menyebut sebarang nama namun pemerhati politik tanah air bahkan mungkin ahli UMNO sendiri dapat meneka siapakah yang Tun Faisal maksudkan.
Persamaan kedua-dua kenyataan itu mula dibangkitkan Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff dalam Facebook beliau dan di akhirnya, beliau turut melontarkan beberapa persoalan.
“Apakah pembuat kenyataan media Pengerusi PH dan pembuat kenyataan media Pengerusi BN adalah individu yang sama atau apakah ia dibuat menggunakan template yang sama?
BACA: Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
“Apakah mesej tersirat yang hendak disampaikan atau yang boleh dibaca dari persamaan tema dan ayat dalam kenyataan media Pengerusi PH dan kenyataan media Pengerusi BN ini?
“Atau apakah semua persamaan ini adalah sekadar satu kebetulan semata-mata?” soalnya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
Jelasnya, selepas tersebar surat sokongan dan ikrar setia Presiden UMNO kepada Anwar yang disembah kepada Yang di-Pertuan Agong, kenyataan media tersebut merupakan satu lagi bukti pimpinan UMNO kini berada di bawah pengaruh Anwar.
Astro Awani
Fri Mar 05 2021

Persamaan tema malah beberapa ayat dalam kenyataan media Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sudah dijangka. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.