KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
Baginda bertitah fitnah dan menyemaikan rasa benci kini semakin mempengaruhi pemikiran dan pendirian ummah, yang mendorong kepada pertelingkahan, keretakan hubungan dan perpecahan.
Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat 'biduk lalu kiambang bertaut'.
"Perpaduan ialah perkara yang wajib diutamakan dan dijiwai oleh insan yang menghayati roh Islam, kerana Islam ialah agama yang menekankan kepada aspek keamanan dan perdamaian.
"Umat Islam adalah bersaudara atas dasar tautan roh, yang seharusnya berperanan memperkukuh rasa kasih sayang, saling hormat-menghormati serta bersikap sopan terhadap orang lain," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.
Sementara itu, Sultan Nazrin turut bertitah persaudaraan insaniah yang terjalin, diperkukuhkan dengan semangat persaudaraan yang berpegang pada satu akidah, terbina dari dasar tauhid yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah.
Titah baginda, masyarakat yang kuat terbina melalui perpaduan yang kukuh dan disebabkan itu, perpaduan sangat dianjurkan dan diterapkan menerusi amalan-amalan ibadah seperti solat berjemaah, solat Jumaat, bertadarus al-Quran, berqiamullail di masjid.
"Begitu juga falsafah yang tersirat di sebalik ibadah-ibadah zakat, sedekah, wakaf dan haji, juga tuntutan melakukan pelbagai tanggungjawab fardu kifayah," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692889680_SultanNazrin.jpg)
Baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat 'biduk lalu kiambang bertaut'. - Gambar Bernama
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
Kes tembak Tg Rhu: Siasatan libat SOP penggunaan senjata api
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan secara terperinci termasuk aspek prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.
Semak Akta SOSMA, teliti hak asasi manusia keselamatan negara
Kementerian dalam negeri akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen minggu hadapan.
[TERKINI] Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi sungai Kuantan, direman selama tujuh hari
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739606240_SaifuddinNasutionI.jpg)
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.
![Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
![Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692889680_SultanNazrin.jpg)
Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
![Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649217915_TBALIPUTEH.jpg)
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.
![Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642494601_TBMANDIJENAZAH.jpg)
Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah
Nur Akmaliah Alias mengikut jejak langkah ibunya, Rosmawati Abdullah, yang merupakan seorang jurumandi jenazah.
![Pernah urus 18 jenazah pesakit COVID-19 sehari, Faizah cekal laksana fardu kifayah Pernah urus 18 jenazah pesakit COVID-19 sehari, Faizah cekal laksana fardu kifayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625906340_FaizahHamezah.jpg)
Pernah urus 18 jenazah pesakit COVID-19 sehari, Faizah cekal laksana fardu kifayah
Faizah Hamezah tidak pernah berasa sukar dengan tugasnya walaupun menyedari hakikat dan risiko besar yang dihadapinya.
![K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41451123641_PengurusanJenazah.jpg)
K'jaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan
Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.