GEORGE TOWN: Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki orang kurang upaya (sindrom down) dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Jalan Rajawali - Park, Bayan Lepas, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rejal Jenal berkata, siasatan mendapati suspek yang juga pembantu jualan berusia 39 tahun dan mangsa yang berusia 33 tahun, tinggal di flat yang sama namun tidak mengenali antara satu sama lain secara dekat.
Beliau berkata, ketika ini pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan pertuduhan akan dilakukan selepas semua siasatan kes berkenaan selesai.
Kamarul Rizal berkata, setakat ini, polis sudah mengambil beberapa keterangan daripada tiga orang saksi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Siasatan awal polis mendapati punca (kejadian) adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang telah berlaku sekitar tiga ke empat tahun lepas. Saya rasa (suspek) kenal muka sebab tinggal di flat sama.
"Pihak polis akan majukan untuk kita dapatkan rawatan lanjut terhadap suspek jika suspek mempunyai masalah mental di hospital," katanya.
Kamarul Rizal berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri ( IPK) di sini pada Isnin.
Tambah beliau, wanita berkenaan kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Kamarul Rizal menjelaskan mengikut laporan daripada pihak hospital, mangsa disimbah dengan air panas dan bukannya asid sebagaimana yang diviralkan sebelum ini.
Pada Jumaat, seorang lelaki OKU 'sindrom down' melecur depan dan belakang badan akibat disimbah jirannya dalam kejadian jam 9.20 pagi.
Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Apr 22 2024

Ketika ini pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan pertuduhan akan dilakukan selepas semua siasatan kes berkenaan selesai. - Gambar fail/Sinar Harian

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.

Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.

Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun
Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang menonton video lucah di telefon bimbit.

Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun
Pasangan suami isteri dan anak mereka mengaku tidak bersalah dera mangsa menggunakan rotan, memukul, menendang serta simbah air panas.

Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian
Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Simbah isteri dengan air panas sebelum tikam perut sendiri
Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran mengenai masalah kewangan yang dihadapi pasangan terbabit.

Mengejek punca pelajar tahfiz disimbah air panas - Polis
Ketika kejadian awal pagi kelmarin pelajar berusia 12 tahun itu bertindak menjirus air panas kepada mangsa yang sedang tidur kerana tidak berpuas hati dalam perkelahian itu.

Lelaki simbah anak dengan air panas direman 4 hari
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Bapa tergamak simbah air panas hanya kerana anak 'curi' RM10 duit mak
Seorang bapa tergamak menyimbah air panas ke tubuh anak perempuannya selepas kanak- kanak berusia lapan tahun itu dikatakan mencuri wang ibunya berjumlah RM10.