KUALA LUMPUR: Sebuah badan bebas harus ditubuhkan bagi melaksanakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan bukan sahaja tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penganalisis Pilihan Raya, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali berkata penubuhan badan bebas tersebut adalah bagi memastikan segala urusan persempadanan semula dapat dilaksanakan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
“Cara yang paling ideal adalah melibatkan wakil parti-parti politik, komuniti, masyarakat, pihak berkepentingan dan pengundi kawasan berkenaan.
“Itu satu jaminan yang saya rasakan agak baik yang mana mereka boleh mengemukakan pendapat yang tidak berasaskan kepada parti-parti tertentu dan parti yang ingin mencapai kemenangan.
“Kami berikan peluang kepada penduduk untuk mencadangkan proses persempadanan semula supaya dapat mengurangkan ‘gerrymandering’, pembahagian tidak sekata dan mewujudkan kawasan persempadanan yang betul-betul adil kepada semua pihak,” kata beliau dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Khamis.
Mengulas lanjut, Amer berkata, asas kepada persempadanan semula adalah terdapat pertambahan penduduk dan bukannya semata-mata atas alasan mana-mana parti politik yang ingin melaksanakannya untuk kepentingan sendiri.
“Jika terdapat mana-mana parti politik yang mahu melaksanakana proses persempadanan semula itu, ia adalah tidak tepat dari segi asas dan prinsip.
“SPR akan melakukan proses persempadanan semula setelah jumlah penduduk mencapai jumlah tertentu
“Itu asas dan pertimbangan kepada proses persempadanan semula,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi Pas Pusat, Datuk Mohd Khairudin Aman Razali dilaporkan berkata Pas menyatakan hasrat untuk mengubah sempadan bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen jika parti itu bersama-sama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan majoriti dua pertiga.
Isabelle Leong
Thu Mar 25 2021

Menurut Amer Saifude Ghazali, jika terdapat mana-mana parti politik yang mahu melaksanakana proses persempadanan semula itu, ia adalah tidak tepat dari segi asas dan prinsip. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar

PBB akan kemuka cadangan persempadanan semula di Sarawak - Abang Johari
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengemukakan cadangan mengenai urusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Persempadanan kawasan pilihan raya tidak dibincangkan - Mohamad
Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan Majlis Presiden Parti Kerajaan Perpaduan, setakat ini.

Hanya SPR boleh buat persempadanan semula kawasan pilihan raya - Guan Eng
DAP menyifatkan dakwaan PN bahawa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kawasan pilihan raya jika memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.

Parlimen: SPR tidak boleh guna 'administrative power' tambah kerusi Parlimen - Wan Junaidi
Sebarang urusan penambahan Parlimen memerlukan kajian mengikut lat tempoh masa, serta pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan: Tubuh badan bebas, bukan sahaja tertumpu kepada SPR - Penganalisis
Penubuhan badan bebas tersebut adalah bagi memastikan segala urusan persempadanan semula dapat dilaksanakan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Persempadanan kawasan pilihan raya: Patuhi Perlembagaan dan prinsip kesaksamaan, bukan etnik dan agama
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa persempadanan yang berat sebelah (gerrymandering) adalah pengkhianatan kepada demokrasi.

Tiada persempadanan semula sebelum PRU15 - Hanipa Maidin
Ini kerana, jelasnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan proses persempadanan semula hanya boleh dilakukan sekali bagi setiap tempoh lapan tahun.

Polis hadir ke pejabat Bersih 2.0
Dua pegawai polis hadir ke pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya di sini, pagi tadi.

Penganjur perhimpunan haram depan Parlimen akan dipanggil - KPN
Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan memanggil penganjur untuk merekodkan keterangan mereka.