Skip to main content

Malaysia

Persepsi keselamatan negara pengaruhi keyakinan pelancong asing - Tiong

Persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan negara perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia, kata Tiong King Sing. - Gambar fail/ Bernama
Persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan negara perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia, kata Tiong King Sing. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

SIBU: Persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan negara perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perpaduan rakyat penting dalam membina imej positif negara, justeru semua pihak harus memberi tumpuan ke arah itu.

“Perhatian harus ditumpukan kepada usaha memperkukuh ekonomi, menangani kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Advertisement

“Publisiti tidak boleh menyelesaikan masalah. Kita mesti mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Warisan Samudera Gala Amal Veteran 2026, di sini, malam tadi.

Majlis itu dianjurkan  Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Cawangan Sarawak.

Advertisement

Pada majlis itu, Tiong mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada persatuan berkenaan bagi menyokong usaha menjaga kebajikan veteran.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement