KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pihak berkuasa agama Islam di negeri Selangor akan terus bekerjasama dengan pihak polis berkaitan siasatan kes persetubuhan luar tabii melibatkan seorang lelaki baru-baru ini.
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan ini juga sama sekali tidak menafikan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang berhubung dengan kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam, namun ia hendaklah selaras dengan peruntukan Jadual Kesembilan, Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
BACA: Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
BACA: Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
Keputusan itu sekali gus mengenepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak boleh dilihat sebagai suatu bentuk pengiktirafan terhadap golongan LGBT sama ada oleh pihak mahkamah mahupun pihak MAIS.
Tegasnya, perbuatan persetubuhan sejenis atau di luar tabii adalah tetap merupakan suatu kesalahan yang amat serius di sisi agama Islam serta bercanggah dengan ajaran Islam, akhlak, moral dan norma kehidupan masyarakat di Malaysia.
BACA: Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
"Allah SWT melaknat sesiapa yang melakukan amalan kaum Nabi Luth (liwat) termasuk dalam dosa besar dan termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dibendung bagi menjamin kelestarian kesejahteraan masyarakat di Negeri Selangor.
"Undang-undang dan peraturan yang dibina di negeri ini bertepatan dengan ajaran Islam melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW," katanya.
Justeru, tegasnya MAIS akan terus mendokong prinsip-prinsip kesalahan syariah seperti yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 (EJSS) demi memastikan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri terus terpelihara di Malaysia dan Negeri Selangor khasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 02 2021

Tan Sri Abdul Aziz berkata Mais bersama pihak berkuasa agama Islam di Negeri Selangor akan terus bekerjasama dengan polis berkait kes persetubuhan luar tabii melibatkan seorang lelaki. - Foto MAIS

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Bapa didakwa seks luar tabii, amang seksual anak kandung
Seorang pembantu am didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya.

Lelaki dipenjara enam tahun lakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tirinya pada 2018.

Warga emas rogol kucing sampai mati didakwa di mahkamah
Janting Anak Keling mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Fatimah Zahari.

Persetubuhan luar tabii dengan kambing betina, warga emas dipenjara enam tahun
Kejadian itu disedari seorang wanita yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.

Persetubuhan luar tabii dengan kambing betina, warga emas mengaku tidak bersalah
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.

Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

Syed didakwa lagi, rogol wanita 23 tahun
Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita itu di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, 11 Sept tahun lepas.

#JusticeForGoat untuk kambing dinoda lapan lelaki
Haiwan berusia tujuh tahun itu 'tidak boleh berjalan' dan mati tidak lama kemudian.