Persetujuan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dicapai dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April lalu.
Perkara itu dijelaskan Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, keputusan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB dibuat dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab serta disokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.
"Berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat ini, kerajaan negeri menyedari bahawa sekiranya PKP yang sedia ada dilanjutkan sehingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3% KDNK.
"Keadaan ini akan menghapuskan kemajuan ekonomi yang telah dicapai sepanjang empat tahun yang lalu.
"Sehubungan dengan itu, mesyuarat ini telah bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei 2020," jelasnya.
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan keputusan ini, kerajaan persekutuan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif dan ketat untuk digunapakai oleh semua pihak dan SOP ini dibekalkan kepada kerajaan negeri yang telahpun diserahkan pada 2 Mei, iaitu sebelum tarikh penguatkuasaan PKPB.
Justeru, kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa buah kerajaan negeriyang ingkar untuk melaksanakan keputusan ini.
"Kerajaan negeri yang berkenaan (yang tidak mahu bekerjasama melaksanakan PKPB) adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan, lebih-lebih lagi memandangkan dasar Kerajaan Persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuat kuasa di seluruh negara.
"Dalam hal ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 342 adalah undang-undang khusus bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan COVID-19.
"Oleh itu, ia mengatasi (prevail) peruntukan undang-undang bertulis yang lain berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit," tegasnya.
Katanya, kerajaan juga mengambil maklum kenyataan media beberapa pertubuhan industri termasuk Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang menegaskan kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana syarikat untuk memulakan operasi bermula hari ini.
"Sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Akta 342 yang sudah dijadikan undang-undang berkuatkuasa di seluruh negara, kerajaan negeri berkenaan mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak khususnya daripada industri.
"Perlu ditegaskan keputusan Kerajaan Persekutuan adalah sah dari segi undang-undang," katanya.
Beliau berkata, Akta 342 digubal dan dikuatkuasa mulai 1 April 1989 berikutan persetujuan negeri-negeri pada masa itu termasuk Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu undang-undang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dan berkuat kuasa di seluruh negara.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan negeri diminta bekerjasama dalam melaksanakan keputusan kerajaan persekutuan supaya negara dapat menjana semula keupayaan ekonomi.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon May 04 2020
Kerajaan negeri diminta bekerjasama dalam melaksanakan keputusan kerajaan persekutuan supaya negara dapat menjana semula keupayaan ekonomi. - Gambar hiasan
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
PRN Melaka: PN optimis dapat terima mandat rakyat - Azmin
Pengarah pilihan rayanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia berdasarkan rekod baik kerajaan dibawah gabungan parti itu.
Music Tribe pilih Malaysia sebagai lokasi pacu transformasi digital peringkat global
Pengumuman itu membuktikan Malaysia berupaya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada syarikat antarabangsa.
Kerja-kerja pembaikan cerun tertangguh akibat PKP - Azmin
Tender bagi menjalankan kerja-kerja menangani masalah cerun di kawasan perumahan Taman Kelab Ukay di sini telah ditawarkan sejak Mac lalu.
Azmin, Zuraida tampung kos sewa keluarga terjejas akibat tanah runtuh
Seramai 40 ahli keluarga dari tujuh buah rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Kelab Ukay di sini diarahkan supaya meninggalkan kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam.
Persetujuan pelaksanaan PKPB dicapai dalam Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri
Persetujuan pelaksanaan PKPB dicapai dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April lalu.
Agong sokong langkah kerajaan tangani impak COVID-19 terhadap rakyat, ekonomi
Al-Sultan Abdullah menzahirkan perkara itu menerusi sidang video bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pelantikan sebagai Menteri Kanan satu tanggungjawab besar - Azmin Ali
"Kita juga akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya". -Azmin
Malaysia kekalkan dasar pelaburan dan perdagangan terbuka - Azmin
Dalam konteks ekonomi global, Malaysia juga akan terus memanfaatkan budaya pembiayaan untuk melonjakkan lagi kelebihan daya saing.
Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin.
Pastikan dasar baharu digubal agar ekonomi lebih mampan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap optimis dan berikrar untuk terus berkhidmat dengan memastikan kementeriannya dapat menggubal beberapa dasar baharu.