KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memohon bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak lagi ‘membatalkan’ janji temu vaksinasi yang ditetapkan.
Beliau, yang juga Menteri Sains, Inovasti dan Teknologi berkata, dalam pada Najib mempersoalkan jumlah vaksinasi harian yang rendah, bekas Perdana Menteri itu sendiri membatalkan jadual vaksinasi seperti yang ditetapkan.
Khairy berkata, beliau berharap agar Ahli Parlimen Pekan itu dapat hadir pada janji temu seterusnya, selain menggalakkan lebih ramai rakyat di Pekan untuk mendaftarkan diri, memandangkan data menunjukkan jumlah pendaftaran masih rendah dari sasaran.
“Dalam pada Datuk Seri mempersoalkan jumlah yang 'rendah' ini, saya turut difahamkan Datuk Seri telah membatalkan janji temu vaksinasi yang ditetapkan kepada Datuk Seri pada 6 Mac 2021 di Dewan Canselori, Universiti DRB Hicom, Pekan.
“Jadi saya berharap, Datuk Seri dapat hadir pada janji temu yang akan ditetapkan sekali lagi nanti,” kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam maklum balas kepada catatan Najib di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Najib berkata, Malaysia telah berjaya memberi 321,331 dos vaksin sejak Program Vaksinasi negara bermula sejak 3 minggu lalu, bersamaan dengan kadar 22,138 dos sehari ataupun 0.07 orang bagi setiap 100 penduduk Malaysia.
Tegasnya lagi, jika kadar pemberian itu tidak dinaikkan, Malaysia akan memerlukan masa 2,345 hari atau 6.4 tahun sebelum berjaya mencapai sasaran 80 peratus penduduk Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok.
“Namun, saya percaya dan harap kadar pemberian vaksin Malaysia akan dinaikkan dengan berkali ganda lebih tinggi lagi pada bulan-bulan akan datang.
“Marilah kita bersama-sama menjayakan Program Vaksinasi negara agar Malaysia bebas COVID-19 secepat mungkin,” katanya lagi.
Menjawab lanjut, Khairy berkata beliau amat berterima kasih kepada Najib kerana sering memberi teguran dan pandangan untuk memastikan keberkesanan PICK, tetapi komitmen seperti itu tidak harus melalui Facebook semata-mata.
Katanya lagi, beliau berharap Najib juga dapat membantu menggalakkan pendaftaran vaksinasi lebih-lebih lagi kepada rakyat di daerah Pekan memandangkan data menunjukkan, hanya 13,020 orang penduduk (bersamaan 14.4 orang per kapita) di daerah Pekan yang telah mendaftar.
“Jangan tulis dan promosi di FB sahaja, tapi turun juga di kawasan untuk menggalak dan membantu pendaftaran.
“Hanya dengan pendaftaran yang tinggi akan memungkinkan PICK ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Mar 18 2021

Khairy memohon Najib untuk hadir pada janji temu vaksinasi seterusnya, selain menggalakkan lebih ramai rakyat di Pekan untuk daftarkan diri. - Gambar fail

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.