PENERANGAN yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin mengenai pentaksiran murid Tahap 1 yang lebih berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula tahun 2019 sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada ibu bapa dan masyarakat umum mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi tahap tersebut.
Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya bagaimana murid Tahap 1 akan ditaksir sekiranya tiada lagi peperiksaan untuk Tahap 1, dan adakah guru-guru bersedia untuk ‘format baharu’ pentaksiran yang akan dijalankan tahun hadapan.
PBD adalah salah satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di mana tiga lagi adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Tahun 6 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Sebenarnya PBS ini bukanlah amalan baharu dalam sistem pendidikan negara kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi bagi mentaksir murid secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pemansuhan peperiksaan Tahap 1 sepatutnya dibuat lebih awal supaya guru dapat lebih memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karektor dan sahsiah serta membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan.
Pada 27 November 2017 saya pernah menulis mengenai pentingnya pentaksiran holistik dalam menerapkan nilai yang menjadi teras kepada pembangunan insan yang sejahtera, yang dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara, selaras aspirasi FPK.
Tahun 2017, Kementerian mengorak langkah untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya membangunkan insan yang seimbang ini apabila keputusan UPSR tidak diumumkan sebagaimana yang diamalkan dahulu dengan mencanang peratus kelulusan murid dalam peperiksaan. Sebagai gantinya, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 diumumkan, dengan guru-guru menyerahkan laporan lengkap ke empat-empat komponen PBS kepada murid dan waris yang hadir ke sekolah.
Selepas itu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa kali ini tidak ada lagi pengumuman tentang Gred Purata Sekolah (GPS) atau perbandingan pencapaian mengikut negeri atau daerah, tetapi mahukan pelaporan yang lebih seimbang merangkumi semua komponen PBS dan memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran murid dan keupayaan mereka dalam memberikan respon kepada soalan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Ini adalah satu lagi milestone dalam proses transformasi pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah merealisasikan aspirasi negara untuk membangunkan insan yang seimbang ilmu dan akhlaknya.
Selaras dengan amalan terbaik pendidikan di negara-negara maju, sudah tibalah masanya untuk kita memberikan fokus kepada pembentukan nilai dan sahsiah terutama dalam kalangan anak-anak kecil yang masih di peringkat rebung lagi.
Di negara-negara tersebut, murid dididik untuk mengutamakan kebersihan, disiplin dan kesopanan. Fokus juga diberi kepada kemahiran komunikasi dan penerapan nilai melalui pelbagai aktiviti secara didik hibur, seperti aktiviti lakonan, tarian, pembentangan dan projek kecil secara berkumpulan.
Sejak mula memperkenalkan PBS pada 2011, Lembaga Peperiksaan Malaysia telahpun menggariskan pelbagai format pentaksiran berterusan untuk PBD, termasuklah bercerita, soalan jawab secara lisan, nyanyian, deklamasi sajak, lakonan serta pelbagai aktiviti menyeronokkan sehingga murid tidak sedar bahawa mereka sedang ditaksir.
Aktiviti ini boleh direkodkan secara bergambar dan dikompilasi dalam satu buku skrap untuk menunjukkan learning journey atau proses pembelajaran murid tersebut.
Isu bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas tidak timbul, kerana pihak sekolah boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk memberi intervensi khusus, sesuai dengan situasi di sekolah masing-masing.
Mereka boleh menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan kepakaran serta sumbangan tenaga ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sewajarnya kita sekarang kembali memberi penekanan kepada keseimbangan yang dinyatakan dalam FPK – pendekatan holistik dengan memberi fokus kepada pembangunan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Enam Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 serta Aspirasi Pelajar dalam PPPM Pendidikan Tinggi 2015-2025 juga memberi fokus kepada keseimbangan ilmu dan akhlak.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, memang jelas, aspek nilai dalam Elemen Merentas Kurikulum dinyatakan secara eksplisit dalam Rancangan Pengajaran Harian dan sepatutnya diterapkan dalam setiap aktiviti di dalam dan luar kelas.
Sebagaimana yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan – sistem pendidikan kita perlu menerapkan kasih sayang, hormat menghormati dan kegembiraan. Love, mutual respect and happiness. Ini adalah antara nilai teras yang perlu diterapkan kembali dalam sistem pendidikan kita.
Kita mahukan semua institusi pendidikan, tidak kira dari prasekolah ke institusi latihan hinggalah ke universiti ,mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, gembira dan penuh suasana kekeluargaan berteraskan kasih sayang. Laksanakan sahaja apa yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan yang telah dirangka pada 1988 – setelah 30 tahun, marilah kita kembali semula kepada pernyataan ini, demi membentuk negara maju berteraskan acuan kita sendiri.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2019
_____________________________________________________________________________________
* Dr Hayati Ismail merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Hayati Ismail
Mon Dec 31 2018
![[PERSPEKTIF] Membentuk sahsiah murid tanpa peperiksaan [PERSPEKTIF] Membentuk sahsiah murid tanpa peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539703132_950x600.jpg)
Penulis berpendapat, pemansuhan peperiksaan Tahap 1 sepatutnya dibuat lebih awal supaya guru dapat lebih memberi tumpuan mengajar aspek membina kemahiran dan sahsiah serta membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan. - Gambar hiasan
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739432202_tbStevenSimPTPK.jpg)
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
![Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.
![Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737528344_TBFADHLINA.jpg)
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
![Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737383024_DakwaAnakdipukulg.jpg)
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
![KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737098756_FadhlinaSidek.jpg)
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
![Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827290_rumahhantusekolah.jpg)
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
![Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734684263_AMINUDDINAWANG.jpg)
Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.
![Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734240038_pendidikankhas.jpg)
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
![KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734006740_TBRUJIUBI.jpg)
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
![Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB' Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'