KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) pemakaian sarung tangan pakai buang sebelum memasuki kedai pakaian yang bermula 10 Februari lepas.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata SOP tersebut dikhuatiri akan menambahkan lambakan sisa pepejal plastik yang sukar terurai di tapak pelupusan sampah sekali gus memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
"Kita terlampau sangat nak mengelak daripada COVID-19 tapi secara tidak langsung kita guna benda yang merosakkan alam," katanya kepada Bernama.
Dalam usaha memerangi pandemik, Shariffa Sabrina berharap kerajaan dan masyarakat tidak mengabaikan kesan jangka panjang kepada alam sekitar terutamanya dalam aspek kesihatan dengan menggunakan barangan daripada bahan mudah urai.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berpendapat tiada keperluan pemakaian sarung tangan pakai buang untuk tujuan memilih pakaian bagi mengelak jangkitan menerusi sentuhan.
"Berdasarkan nasihat oleh CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat), bagi orang awam, memakai sarung tangan tidak perlu dalam kebanyakan situasi seperti membeli-belah. CDC menyarankan pemakaian sarung tangan apabila anda membersihkan atau merawat orang sakit.
"(SOP ini) tak banyak membantu (mengurangkan potensi penularan virus), malah boleh buat orang leka atau ambil mudah akan amalan membasuh tangan dan sanitasi," katanya.
Zainal Ariffin berkata sebaliknya, penggunaan cecair pembasmi kuman untuk membersihkan tangan sebelum memasuki premis adalah lebih relevan dan berkesan untuk tujuan itu.
Pada 9 Feb lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran sektor peruncitan, meliputi pakaian, fesyen, aksesori dan kedai kasut untuk dibuka semula dengan mengingatkan pengusaha pakaian memberi pelanggan sarung tangan pakai buang ketika memasuki premis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

Perlukah pemakaian sarung tangan pakai buang untuk tujuan memilih pakaian bagi mengelak jangkitan menerusi sentuhan?

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Penggunaan sarung tangan di stesen minyak meningkatkan risiko kebakaran
Cuci tangan sebelum dan selepas menggunakan nozel pam minyak, selain sentiasa patuh pada arahan keselamatan.

Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.