KUALA LUMPUR: Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.
Menurut Profesor Pengajian Asia, Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin, ia sekali gus tidak mendatangkan sebarang kesan.
Malah ia membuktikan Sarawak dan Sabah bukan semata-mata sebuah negeri tetapi memiliki status yang istimewa dalam Perlembagaan.
‘’Ini sebagai mengiktiraf kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri dua tahun lalu, Sabah dan Sarawak bukanlah sebuah negeri malah sebagai wilayah.
''Perkara ini konsisten tanpa pengisytiharan dan berdasarkan pindaan Perlembagaan pada 2021, ia hanya melibatkan penamaan semula daripada terma Ketua Menteri kepada Premier of Sarawak.
‘’Tiada kesan terhadap pertukaran ini kerana ia semata-mata simbol menunjukkan Sabah dan Sarawak bukanlah hanya sebuah negeri tetapi memiliki status yang istimewa dalam Perlembagaan,’’ katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Selain itu tambahnya, pertukaran terma ini juga tidak melibatkan penambahan kuasa bagi seorang ketua menteri kerana peruntukan baharu perlu digubal semula dalam Perlembagaan Malaysia dan Sarawak sekiranya terdapat permintaan terhadap perkara tersebut.
‘’Tidak, sekarang jika seseorang dinamakan sebagai ketua menteri dan mahu membuat perubahan bidang kuasa atau lain-lain perlu membuat pindaan undang-undang.
‘’Ini hanya pindaan pada nama sahaja tidak termasuk pindaan Perlembagaan Malaysia mahupun Pindaan Sarawak,’’ tambahnya.
Terdahulu, tular di media sosial tentang pertukaran terma Ketua Menteri Sarawak kepada Premier of Sarawak yang dibentang dalam Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembangaan Sarawak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.
Pada 19 Januari lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 (Akta A1642) yang diperkenankan yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikuatkuasakan bermula 11 Februari lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, akta itu merangkumi pindaan Perkara 1(2), Perkara 160(2) dan Perkara 161a (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, ruu itu diwartakan sebagai Akta A1642 pada 25 Januari lalu dan penguatkuasaan adalah komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Perjanjian Malaysia (MA63).
Astro Awani
Sun Feb 13 2022

Pertukaran terma ini tidak melibatkan penambahan kuasa bagi seorang ketua menteri kerana peruntukan baharu perlu digubal semula dalam Perlembagaan Malaysia dan Sarawak. FOTO: Facebook / James Chin
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'
Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti.

'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tarikh spesifik pewartaan berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri.

Pertukaran KM kepada 'Premier', tanda status Sarawak tidak sama negeri lain - Abdul Karim
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan esok melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.

Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.