BANGKOK: Pasaran peranti perubatan Malaysia dijangka berkembang pada kadar tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 9.5 peratus menjelang 2028, mencecah nilai pasaran AS$4.5 bilion (AS$1=RM4.69), kata Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan, iaitu penyumbang utama sektor pembuatan, selaras dengan visinya untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu oleh inovasi, kreativiti dan aktiviti bernilai tinggi.
"Untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan daya saing industri penjagaan kesihatan Malaysia, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) telah mengenal pasti sektor peranti perubatan dan farmaseutikal sebagai keutamaan.
"NIMP menumpukan pada memajukan keupayaan Malaysia dalam reka bentuk dan pembangunan produk serta perkhidmatan bersepadu, bertujuan untuk mencipta lebih nilai dan meningkatkan daya saing," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Rangkaian Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2024 (IHW) di sini, semalam.
Reezal Merican berkata pelan tindakan perindustrian menyediakan hala tuju strategik untuk negara membina sektor penjagaan kesihatan yang lebih kukuh dan membentuk masa depan yang membolehkan Malaysia berdiri teguh di arena global.
"Bagi mencapai visi ini, Malaysia memanfaatkan perjanjian perdagangan (bebas) (FTA) untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri penjagaan kesihatan. FTA ini membantu menyelaraskan perdagangan dan pelaburan, menyepadukan Malaysia lebih mendalam ke dalam rantaian bekalan global dan memacu pertumbuhan ekonomi merentas semua sektor, termasuk penjagaan kesihatan," katanya.
Untuk mengukuhkan industri peranti perubatan di peringkat global, beliau berkata Matrade menyokong pembentukan persatuan pengeluar peranti perubatan pertama di Malaysia, Persatuan Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM) pada November 2018.
Beliau berkata objektifnya adalah untuk melengkapkan ekosistem pembuatan peranti perubatan di Malaysia dan sebagai platform kepada pemain industri tempatan memperjuangkan pertumbuhan industri melalui kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan.
Sementara itu, Reezal Merican turut memaklumkan bahawa Malaysia akan menganjurkan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 di Kuala Lumpur pada 16-18 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
"Kami sangat menantikan kunjungan anda ke negara kami yang indah, dan merasai layanan kami yang terkenal serta menyaksikan kemajuan kami dalam sektor penjagaan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Reezal Merican berkata, Malaysia akan menganjurkan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 di Kuala Lumpur pada 16-18 Julai di MITEC.- Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.

Malaysia sedia manfaatkan pasaran pembuatan peranti perubatan
Malaysia memiliki landskap pembuatan dan pemboleh yang tepat untuk memanfaatkan prospek cerah industri peranti perubatan global.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.

Geran peningkatan bakat RM30 juta dilancarkan untuk industri aeroangkasa, peranti perubatan
Perkongsian mereka bertujuan meningkatkan kemahiran bakat bagi memenuhi permintaan yang semakin kritikal dalam sektor bernilai tinggi.

ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan
ASIAN MEDTEC 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.

KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.

Industri peranti perubatan India diunjurkan meningkat kepada AS$50 bilion menjelang 2025
Sektor farmaseutikal dan alat perubatan dijangka mencatatkan perolehan tahunan bernilai US$65 bilion dalam tempoh empat tahun lagi dan akan mencapai US$120 bilion menjelang 2030.

Kerajaan jamin kebolehpasaran industri peranti perubatan tempatan - Dr Dzulkefly
Kerajaan akan memastikan industri peranti perubatan tempatan tepati piawaian antarabangsa bagi menjaminkan kebolehpasaran industri itu.

Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dapat memperkenalkan pensijilan halal untuk peranti perubatan pada suku ketiga tahun ini.