KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan RM100 juta bagi usaha-usaha menambah baik tadbir urus, kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan serta bajet membabitkannya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah itu termasuk RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.
"Perkara ini selari dengan hasrat dan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang membangkitkan isu pembaziran wang awam.
"Langkah ini turut mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen supaya peruntukan Jabatan Audit Negara ditambah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Tengku Zafrul, penambahan itu turut merangkumi RM15 juta bagi meningkatkan keberkesanan peranan Parlimen dalam tadbir urus yang diperkukuh dengan jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Sejumlah RM10 juta pula disediakan untuk menyokong usaha Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia - Matlamat Pembangunan Mampan (APPM-SDG) bagi meningkatkan program-program berkaitan selain mengeratkan kerjasama antara parti politik ke arah agenda kemampanan di peringkat akar umbi.
"Selain itu, peruntukan tambahan RM15 juta disalurkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan agensi berkaitan bagi menggerakkan serta memantapkan ketersediaan data supaya setiap dasar kerajaan lebih inklusif, bersasar dan menyeluruh terutama yang melibatkan penyediaan bajet tahunan negara.
"Hal ini selaras dengan hasrat Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya data-data diperincikan ke peringkat negeri dan kawasan Parlimen serta pemusatan data bagi bantuan dan subsidi demi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar," katanya.
Tengku Zafrul berkata, perincian data mengikut gender akan turut ditambah baik ke arah usaha bajet yang bersifat responsif terhadap perkara itu.
Dalam pada itu, beliau berkata peruntukan tambahan RM50 juta disediakan bagi mengembalikan semula Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun depan.
"Kerajaan berharap penambahan peruntukan ini dapat menterjemahkan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia ini amat serius dan bersedia dalam memastikan langkah-langkah menambah baik tadbir urus, kecekapan serta ketelusan pengurusan kewangan kerajaan digerakkan secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Tengku Zafrul pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, 18 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu bela nasib pesawah miskin - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.

FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.

Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Peruntukan tambahan RM5.5 juta jadikan Pasar Siti Khadijah lebih kondusif
Peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta bagi menambah baik Pasar Siti Khadijah di sini akan mewujudkan suasana lebih kondusif.

Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.

PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.

Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk Projek ICQS Wang Kelian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.