KUALA LUMPUR: Peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan khusus untuk manfaat kontraktor kecil bumiputera dapat membantu kumpulan itu bangkit pascapandemik COVID-19 selepas terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengarah Urusan IZR VENTURES Muhammad Ridzwan Ab Manaf berkata langkah kerajaan itu dapat kembali merancakkan sektor penyelenggaraan khususnya untuk syarikat kecil bumiputera sekali gus langkah positif untuk mengurangkan kemalangan akibat masalah jalan raya berlubang.
"Penambahan dana ini mungkin akan menjadi satu platform kepada kontraktor kecil untuk memajukan syarikat dan seterusnya dapat berdaya saing dengan syarikat lebih besar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Ridzwan berharap peruntukan itu dapat disasarkan secara telus kepada kontraktor-kontraktor berkelayakan dan berpengalaman bagi memastikan kualiti kerja yang diberi memberi impak besar kepada pengguna jalan raya selain dapat mengelakkan kerja pembaikan yang berulang di lokasi sama.
Tambahan RM250 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menjadikan peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, meningkat kepada RM1 bilion.
Menurut Anwar, kerajaan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan supaya jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat, khususnya melibatkan masalah jalan raya berlubang sebagai antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Sementara itu, Pengarah WZS Builders Sdn Bhd Wan Zairul Shah berkata tambahan peruntukan itu merupakan inisiatif yang bagus kerana ia dapat memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan lebuh raya lebih terjamin.
"Tambahan peruntukan itu perlu digunakan sebaiknya agar keselamatan pengguna menjadi keutamaan kerajaan dan memastikan peruntukan sampai sepenuhnya tanpa melibatkan broker sebagai orang tengah.
"Takut apabila perkara ini (penglibatan broker) berlaku, kos akan meningkat dan kualiti kerja tidak seperti yang ditetapkan dalam kontrak. Apabila perkara ini berlaku yang rugi ialah rakyat," katanya.
Justeru, Wan Zairul mencadangkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) banteras rasuah dalam proses agihan peruntukan berkenaan bagi memastikan ia dilakukan secara adil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023
![Peruntukan tambahan RM250 juta bantu kontraktor kecil bangkit pasca-COVID-19 Peruntukan tambahan RM250 juta bantu kontraktor kecil bangkit pasca-COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681957555_keadaanjalanrosak.jpg)
Peruntukan itu diharap dapat disasarkan secara telus kepada kontraktor bagi memastikan kualiti kerja mempunyai impak besar kepada pengguna jalan raya selain dapat mengelakkan kerja pembaikan yang berulang di lokasi sama. - Gambar hiasan
![UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593528_KylianMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
Langgan Astro One & menang hadiah RM200,000
Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah dengan kempen "Menang Macam-Macam dengan Astro One"!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
[TERKINI] Pemandu Honda yang dikejar polis, direman 7 hari
Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
![Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739590442_UNIFILlubnanUNIFIL.jpg)
Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.
![Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000! Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587679_TBastromeriah.jpg)
Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.
![Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739591926_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.
![Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663327142_BukitCerakah.jpg)
Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju
![PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51595128225_TBAZMANYUSOFFPPIPB.jpg)
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
![Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608613945_CIDBLOGO.jpg)
Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.
![JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600666167_IrOmarMatPiah.jpg)
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017
![Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591251962_KeselamatanBUDGET.jpg)
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
![PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585127698_AzmanYusoff.jpg)
PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah
![PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587542278_TBFadillahYusof.jpg)
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.
![Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587458227_ZafrulAziz.jpg)
Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.