SHAH ALAM : Keseronokan menikmati juadah hari raya seolah-olah terhenti bagi golongan yang menghidap penyakit kencing manis kerana khuatir jika tersalah makan akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan.
Menurut Pegawai Perubatan Mediklinik Sejahtera, Ipoh, Perak, Dr Amrit Kaur Ragbir Singh, setiap kali musim perayaan, pesakit diabetes merupakan antara golongan yang paling banyak mendapatkan rawatan.
“Kebanyakan mereka datang ke klinik disebabkan tidak mengawal keseimbangan corak pemakanan. Mereka menganggap musim perayaan adalah masa untuk mengabaikan diet seimbang dan memilih makan makanan manis, berlemak, bergaram serta mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi.
“Bukan itu sahaja, kegembiraan menikmati makanan tersebut menyebabkan mereka terlupa untuk mematuhi jadual pengambilan ubat yang telah ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Dr Amrit Kaur, sekiranya golongan tersebut tidak mengawal pemakanan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Jelas beliau, jika paras glukosa dalam darah naik dengan mendadak, pesakit boleh menghidap Diabetik Koma iaitu sejenis komplikasi diabetes yang mengancam nyawa dan boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri.
“Situasi kedua pula, apabila paras gula dalam darah kekal tinggi untuk jangka masa lama, ia boleh mengakibatkan kerosakan saraf dan kegagalan buah pinggang.
“Seterusnya, penyakit arteri periferal pada bahagian kaki akan menyebabkan luka tidak dapat sembuh dan Retinopati Diabetik akan mengakibatkan penglihatan menjadi kabur atau buta,” katanya.
Bukan itu sahaja, katanya, mereka juga boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar.
Dalam pada itu, Dr Amrit Kaur turut menasihati pesakit diabetes agar mengambil hidangan dalam kuantiti kecil secara berkala berbanding kuantiti besar dalam satu masa.
“Pilih makanan rendah kalori seperti sayur-sayuran, makanan kurang minyak, lemak dan santan.
“Saya juga syorkan mereka untuk makan makanan tinggi serat dan mengehadkan pengambilan juadah manis seperti dodol, wajik, kek, biskut serta kuih-muih.
“Pastikan minum air kosong dengan banyak dan kurangkan minuman berkarbonat serta tinggi gula,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023

Dr Amrit Kaur Ragbir Singh, setiap kali musim perayaan, pesakit diabetes merupakan antara golongan yang paling banyak mendapatkan rawatan. - Gambar/ Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.

Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.

24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.

RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.

PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.

Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.

Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.

Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.