KANGAR: Golongan berisiko tinggi terutama pesakit kronik yang bakal menerima vaksin dinasihatkan melakukan beberapa persediaan seperti memastikan mereka dalam keadaan sihat selain perlu tahu nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk ditunjukkan kepada petugas.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata mereka juga perlu segera memaklumkan kepada petugas sekiranya mengalami sebarang gejala dijangkiti wabak COVID-19 dan turut dinasihatkan untuk membawa pen sendiri bagi mengelak risiko dijangkiti.
Justeru, katanya pesakit kronik tidak perlu takut atau risau untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana ia perlu bagi melindungi mereka daripada mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti virus itu.
Dr Nurazam berkata vaksin boleh diibaratkan sebagai 'perisai' kerana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan bagi pesakit kronik yang merupakan antara golongan tertinggi yang mendapat jangkitan wabak berkenaan.
"Mereka yang mengambil ubat atau dalam tempoh rawatan juga tidak perlu bimbang untuk mengambil vaksin COVID-19 kerana ia selamat.
"Nisbah kadar kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada suntikan vaksin COVID-19 antara individu sihat dan mereka yang mempunyai penyakit adalah sama, jadi pesakit kronik tidak perlu risau akan perkara ini," katanya kepada Bernama.
Dr Nurazam berkata antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti COVID-19 ialah mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus tersebut kepada ahli keluarga terdekat lain terutama yang berumur 18 tahun ke bawah.
Sementara itu, seorang pesakit jantung Mohamad Asri Shafii, 45, berkata walaupun vaksin bukan jaminan untuk 'kebal' daripada virus COVID-19 ia memberi lebih keyakinan untuk beliau terus bekerja seperti biasa.
"Sebagai seorang pencipta kandungan di laman sosial YouTube, saya kerap berada di kawasan awam dan tumpuan orang ramai .. saya rasa lebih selamat setelah menerima vaksin," katanya yang tinggal di Taman Seri Pulai, Behor Pulai di sini.
Bapa kepada enam orang anak yang mula dikesan mengalami masalah jantung sejak enam tahun lalu itu berkata vaksin jenis Pfizer yang diambilnya sebelum ini tidak mendatangkan kesan sampingan atau alahan kepada ubat sakit jantung yang diambilnya setiap hari.
Turut berkongsi pengalaman yang sama, seorang petani Aziz Itam, 61, berkata pada mulanya beliau rasa takut untuk menerima dos pertama vaksin Pfizer pada 23 April lalu namun setelah tidak mengalami sebarang kesan sampingan, beliau lebih berani untuk melengkapkan dos kedua pada 18 Mei lepas di PPV Dewan 2020.
"Walaupun setiap hari pak cik mengambil empat jenis ubat sehari bagi penyakit darah tinggi.. Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang diterima setakat hari ini.
"Nak kata bertambah sihat selepas ambil vaksin itu tak ada lah..cuma pak cik rasa lebih selamat dan yakin apabila pergi ke tempat tumpuan orang ramai seperti ke pasar tani," kata bapa kepada enam orang anak dari Kampung Santan di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

Antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti COVID-19 ialah mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus tersebut kepada ahli keluarga terdekat. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.

Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.

PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.

Unjuran 80% remaja lengkap vaksin tidak dapat dicapai awal, ada remaja tidak hadir dos kedua
Sasaran 80 peratus lengkap vaksin bagi kumpulan remaja dijangka hanya dapat dicapai pada akhir bulan November atau awal bulan Disember.

PPV PICK Remaja KL sasar selesai vaksinasi remaja menjelang awal November
Ketika ini proses suntikan dos kedua berjalan dengan sangat lancar bagi Kuala Lumpur dengan jumlah penerimanya sudah melepasi 40 peratus.

Ada beza dos ketiga dan dos penggalak - Khairy
Kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak.

81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.

Vaksin COVID-19: 10,000 penerima dos kedua di Sandakan 'ghaib'
Setakat ini Sandakan merekodkan 42 peratus daripada 363,000 penduduk yang sudah menerima dua dos vaksin.

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.

Yayasan Felda sasar 90 peratus peneroka terima dos kedua menjelang akhir Oktober
Yayasan Felda kini sedang melaksanakan program vaksinasi khusus kepada peneroka di tiga negeri di Pantai Timur.