KEPALA BATAS: Seorang pesara kastam berazam membawa isteri, anak-anak dan menantunya menunaikan umrah selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-94.
Zaini Din, 66, berkata beliau terkejut dan bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak BSN memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan memenangi RM1 juta.
"Saya mula menyimpan di BSN SSP secara konsisten sejak 1990 dengan menyimpan wang lebihan di sana (BSN) setiap tahun.
"Istimewanya, saya dimaklumkan cabutan bertuah dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada hari jadi saya tahun lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurut Zaini selain membawa keluarga menunaikan umrah, beliau juga merancang memberi sedikit wang kemenangan itu kepada anak-anak untuk tujuan simpanan di BSN SSP.
Beliau berkata BSN SSP merupakan produk pelaburan yang menarik kerana bukan sahaja boleh digunakan sebagai tabung untuk masa depan, malah penyimpan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.
Selain hadiah utama Cabutan Jutawan, BSN SSP juga mempunyai kategori lain yang turut menawarkan hadiah yang menarik iaitu Cabutan Bulanan, Cabutan Wilayah, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Kesetiaan, Cabutan Penyimpan Baharu dan pelbagai.
"Saya nasihatkan orang ramai menyimpan terutama golongan muda agar masa depan mereka terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Zaini Din, 66, berkata beliau terkejut dan bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak BSN memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan memenangi RM1 juta. - Gambar/ Bernama

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.

Pesara kastam menang Cabutan Jutawan BSN SSP
Seorang pesara kastam berazam membawa isteri, anak-anak dan menantunya menunaikan umrah selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-94.