KUCHING: Para penumpang pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada Khamis gempar dengan penemuan seekor ular dikesan merayap di ruang penyimpanan barang.
Menurut Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat tersebut, Kapten Liong Tien Ling, sebaik sahaja menyedari kehadiran reptilia tersebut kapten pesawat telah mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
"Kejadian ini amat jarang berlaku pada mana-mana pesawat. Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk mengeluarkan ular tersebut, juruterbang pesawat membuat lencongan ke KIA," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Tieng Ling, juruterbang terbabit telah mengambil tindakan yang wajar dan penerbangan kemudian diteruskan ke Tawau secepat mungkin.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami,” tegasnya.
Azizah Alwi
Fri Feb 11 2022

Seekor ular dikesan pada ruang penyimpanan barang pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau. - Foto Ihsan Pembaca AWANI.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pesawat AirAsia melencong ke Kuching, ada seekor ular di ruang penyimpanan barang
Para penumpang pesawat AirAsia AK-5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada Khamis gempar dengan penemuan seekor ular dikesan merayap di ruang penyimpanan barang.