Skip to main content

Malaysia

Pesawat Malindo Air dari Kuching ke Kuala Lumpur berpatah balik

41437198471_MALINDOAIR.jpg
41437198471_MALINDOAIR.jpg

Advertisement

Penerbangan Malindo Air yang baru berlepas dari Kuching ke Kuala Lumpur pagi ini  terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) disebabkan masalah teknikal.

Pesawat  MXD1601 itu mendarat semula di KIA hanya 10 minit selepas berlepas pada 9.35 pagi.

Jurucakap KIA berkata pesawat MXD1601 itu dijadual tiba di KLIA2 jam 11.20 pagi.

Namun, berikutan kejadian itu berlakunya kelewatan penerbangan semula ke KLIA2.

Menurutnya, kelewatan itu dikesali, namun perlu dilakukan sebagai langkah-langkah keselamatan.

Sementara itu ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy memaklumkan ketika kejadian, pesawat MXD 1601 itu telah mengesan peningkatan pada alat penunjuk suhu  pada ruang kokpit pesawat, yang berkemungkinan menandakan wujud masalah.

"Mengikut prosedur keselamatan penerbangan, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah ke lapangan terbang paling hampir iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, lokasi asal pesawat berlepas," kata Chandran lagi.

Topic Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement