Menurut kenyataan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.
Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.
![Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.](http://img.astroawani.com/2016-05/51463470262_freesize.jpg)
Bagaimanapun, juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.
"Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi lenting pesawat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TUDM.
![Pesawat mengalami masalah enjin ketika membuat penerbangan latihan.](http://img.astroawani.com/2016-05/81463467691_freesize.jpg)
Pegawai berpangkat Mejar mengalami cedera ringan manakala seorang lagi pegawai berpangkat Leftenan patah kaki.
TUDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan, tambah kenyataan itu lagi.
![juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.](http://img.astroawani.com/2016-05/51463467989_freesize.jpg)