MELAKA: Kedegilan 13 lelaki berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi membawa padah apabila masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Tindakan kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun yang meraikan majlis itu di sebuah premis di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dikesan selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkaitan aktiviti berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, susulan itu mereka ditahan menerusi Op Cantas Khas yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
“Pada Rabu, satu laporan polis dibuat berkaitan video memaparkan sekumpulan lelaki sedang berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari jadi selain disyaki terdapat juga unsur-unsur kongsi gelap.
“Risikan polis kemudian mendapati kejadian berlaku pada Isnin sekitar 4.30 petang hingga 11.30 malam di sebuah premis perabot yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, pada penghujung video berdurasi tiga minit 54 saat itu, terdapat dua lelaki telah menunjukkan beberapa isyarat tangan yang disyaki mempunyai unsur kongsi gelap semasa memotong kek hari jadi.
“Pihak polis turut merampas telefon bimbit salah seorang individu yang merakam kejadian tersebut dan kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah rakaman percakapan selesai diambil.
“Polis Melaka memandang serius sebarang aktiviti berkaitan kumpulan kongsi gelap dan masyarakat diingatkan supaya tidak memasukkan elemen kongsi gelap dalam apa-apa aktiviti keagamaan, persatuan ataupun upacara kematian,” tegasnya.
Tambah Mohd Sukri, kompaun dikeluarkan di bawah peraturan 16 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Program Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Pihak polis turut menjalankan siasatan di bawah seksyen 50(3) dan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 22 2021
![Pesta hari jadi, 13 lelaki dikompaun Pesta hari jadi, 13 lelaki dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626936899_lelakimabukla.jpg)
Tindakan kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun yang meraikan majlis itu di sebuah premis di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dikesan selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkaitan aktiviti berkenaan. - Foto PDRM
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
![Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728299580_tbHusseinOmar.jpg)
Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
![Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000 Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651213213_TBOPERASIKELAB.jpg)
Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.
![150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis 150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641916566_ACPNoorDellhanYah.jpg)
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
![PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646914293_MenteriKesihatanKh.jpg)
PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
![Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646584283_JogetRiuhEk.jpg)
Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.
![PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645840333_JohorMemilihDUNL.jpg)
PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.
![Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644811173_MajlisPerlancaran.jpg)
Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.
![Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644497050_MenteriKesihatanKh.jpg)
Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.
![154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis 154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644678134_pemeriksaanpusathi.jpg)
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
![JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61640989492_JabatanKesihatan.jpg)
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.