KOTA KINABALU: Unduk Ngadau, pertandingan ratu cantik tradisi diadakan ketika Pesta Kaamatan sering berkait rapat dengan Sabah namun ramai tidak mengetahui ia turut diadakan dan dimahkotakan di Semenanjung Malaysia sejak 21 tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Sabah Joanna Kitingan berkata enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan iaitu Lembah Klang, Putrajaya, Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang.
Beliau berkata enam itu, bersama masing-masing satu Unduk Ngadau peringkat cawangan KDCA di Labuan dan Sarawak, serta 41 dari peringkat daerah Sabah akan bersaing dalam Unduk Ngadau Sabah 2024 peringkat akhir diadakan di Penampang pada 31 Mei ini.
"Tahun ini Unduk Ngadau sudah menjangkau usia 64 tahun diadakan sejak 1960, manakala untuk Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) kali pertama diadakan 2003 libatkan cawangan KDCA Lembah Klang. Jadi sebenarnya sudah 21 tahun diadakan di sana, negeri lain dalam enam dan tujuh tahun.
"Ini memperlihatkan Unduk Ngadau dan Pesta Kaamatan ini mampu menjadi simbol perpaduan selain merapatkan persahabatan. Ini juga membolehkan mereka di luar dari Sabah memahami budaya dan tradisi di sini untuk kita raikan secara bersama sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama.
Unduk Ngadau, diadakan setiap kali sambutan Pesta Kaamatan yang dulunya dikenali sebagai ratu pesta menuai warisan Kadazan Dusun kini berkembang menjadi pertandingan mempamerkan kepelbagaian budaya serta warisan di Sabah, dan perpaduan rakyat berbilang latar belakang.
Personaliti terkenal negara Daphne Iking berasal dari Keningau, Sabah merupakan pemenang pertama Unduk Ngadau peringkat cawangan KDCA Lembah Klang pada 2003 manakala Carol Abbey Gail dari Papar adalah pemenang Unduk Ngadau Sabah 2023.
Setakat ini di luar Sabah, Romandawi Gapari dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau cawangan KDCA Johor untuk tahun ini, Allvera Azerra Jaunik (KDCA Putrajaya), dan Qheesthyna Issandra Ladzrus (KDCA Sarawak).
Joanna berkata pertandingan Unduk Ngadau di Semenanjung Malaysia diadakan apabila terdapat rakyat Sabah terutama daripada etnik Kadazan Dusun di perantauan mahu bersama meraikan Pesta Kaamatan di kawasan tempat tinggal mereka.
"Mereka berkahwin campur dengan rakyat berbilang latar belakang di Malaysia ada India, Cina... tetapi mereka masih sayang dengan tradisi dan warisan Sabah ini. Jadi yang menyertai pertandingan ini adalah keturunan mempunyai latar bekalang rakyat Malaysia di Timur dan Barat.
"Asalkan mereka ada sikit keturunan ini (Kadazan Dusun) dari Sabah boleh turut bertanding. Selain itu keperluan utama mereka perlu tahu bertutur bahasa ibunda mereka di Sabah seperti Kadazan, Dusun atau juga bahasa lain kerana kita mementingkan warisan dan tradisi," katanya.
Beliau berkata kesemua 49 peserta mula berkumpul di Sabah pada 26 Mei ini untuk beberapa acara awal dan taklimat lanjut, sebelum pertandingan peringkat akhir di Penampang pada 31 Mei bagi merebut hadiah berjumlah lebih RM100,000.
"Kita sebenarnya melihat mereka semua ini seperti anak kita sendiri, bila mereka datang berkumpul di sini kita amat gembira. Kita ambil peluang mengajar mereka tentang tradisi dan juga mahu mereka berjaya dalam kehidupan serta menjadi contoh untuk anak muda luar sana," katanya.
Ditanya tentang kemungkinan Unduk Ngadau turut diadakan di luar negara pada masa hadapan, Joanna berkata terdapat minat daripada rakyat Malaysia berketurunan etnik Sabah dalam pertandingan itu antaranya Australia dan berbesar hati jika ia dapat diadakan di sana.
"Rakyat kita di luar negara mahu sambut Pesta Kaamatan bersama-sama, jadi memang mereka mahu adakan acara sama seperti kita di sini seperti Sugandoi (nyanyian lagu dalam bahasa etnik Sabah), juga Unduk Ngadau. Kita harap jadi kenyataan nanti untuk kita pamer budaya dan tradisi kita di sana," katanya.
Pesta Kaamatan tahun ini bertemakan 'Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan' telah dilancarkan pada 1 Mei di daerah Ranau dan diadakan di daerah-daerah secara bergilir sehingga acara kemuncak di Penampang, dan hari ini giliran daerah Kudat menjadi tuan rumah untuk pesta itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Joanna berkata terdapat minat daripada rakyat Malaysia berketurunan etnik Sabah dalam pertandingan itu antaranya Australia dan berbesar hati jika ia dapat diadakan di sana. - Gambar Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Maya Hejnowska gesa rakyat Sabah daftar vaksin COVID-19
Juara Unduk Ngadau 2021 Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 agar tidak menangguhkan tindakan itu.

'Tampil jika pernah jadi mangsa gangguan seksual' - Persatuan Unduk Ngadau Sabah
Audrey Wilson Rantau berkata mereka bersedia untuk mendengar serta memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang terjejas.

Sukar laksana penilaian Unduk Ngadau secara dalam talian
Penilaian untuk mengangkat seseorang individu wanita sebagai Unduk Ngadau memerlukan kriteria dan perincian murni.

Memartabat pakaian tradisi Sabah
Bagi Bruno George Sadiwa, minatnya dalam menghasilkan baju-baju tradisi kaum di Sabah mula berputik seawal usia 17 tahun.