Pendakwaan melibatkan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang sepatutnya berlangsung pada Isnin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan.
Perkara itu susulan keadaan Peter yang telah dimasukkan ke hospital akibat vertigo.
Hakim, Rozina Ayob kemudian menetapkan tarikh 10 Julai bagi mendengar semula pertuduhan kes.
Sementara itu, Peter diwakili Peguam, Haniff Khatri memaklumkan anak guamnya dimasukkan ke Hospital KPJ Kota Kinabalu pada petang semalam ekoran keadaan kesihatannya.
Pihak mahkamah turut meminta Peter mengemukakan dokumen hospital termasuk sijil sakit bagaimanapun ia hanya boleh didapati pada waktu bekerja dan akan diperoleh dalam masa terdekat, jelas Haniff.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan semalam memaklumkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen di ibu negara pagi ini atas beberapa pertuduhan.
Sebelum ini, Peter turut berdepan lima pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM8.5 juta, bagaimanapun beliau membuat pengakuan tidak bersalah.
Hilmi Malik
Mon Jun 22 2020

Pendakwaan terhadap Peter ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke hospital akibat vertigo. -Gambar fail

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Hakim Jepun Yuji Iwasawa dilantik sebagai Presiden ICJ
Yuji Iwasawa, yang berkhidmat sebagai hakim ICJ sejak Jun 2018, akan memegang jawatan itu sehingga 5 Februari 2027.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

Peter Anthony dimasukkan ke hospital, pendakwaan ditangguh 10 Julai
Perkara itu susulan keadaan Peter yang telah dimasukkan ke hospital akibat vertigo.

Kenyataan peguam berhubung pelucutan keahlian Bersatu Tun Mahathir
Penolakan keras Tun Dr Mahathir akan kandungan surat Bersatu bertarikh 28.05.2020 dan rujukan pertikaian bersabit ketidaksahihan "pemberhentian" keahlian Bersatu kepada ROS.

Yusoff Rawther teruskan tindakan sivil terhadap Anwar
Muhammed Yusoff Rawther akan mengambil tindakan sivil terhadap Anwar Ibrahim susulan dakwaan gangguan seksual yang dilakukannya sebelum ini.

"Mahu saman saya? Bring it on..." - Yusof Rawther
Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik Pengerusi Perda
Peguam terkemuka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu.