KUALA LUMPUR: Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, hasil penahanan empat individu pada 5 Mac lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat oleh pasukan khas D4 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
"Hasil penahanan itu, suspek lelaki telah membawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak polis ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada Selasa lepas dan hasilnya, polis berjaya menemukan semula peti besi pengadu yang mengandungi empat jongkong emas bernilai RM1 juta.
"Selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat.
"Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan dengan menyasarkan kediaman ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial.
Keempat-empat suspek kini dilanjut reman selama sembilan hari hingga 25 Mac ini.
Pada 4 Mac, media melaporkan seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh media sosial berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu yang dianggarkan kira-kira RM3.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
![Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat. - Gambar fail/Bernama
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
Wanita warga emas cedera dilanggar lari motosikal ditunggang dua remaja
Wanita warga emas cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar motosikal ketika berjalan di hadapan Masjid Zahir, di Alor Setar baru-baru ini.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739583180_TBkhalwat.jpg)
Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki
Empat pasangan yang bukan suami isteri telah ditahan atas kesalahan berkhalwat kesemua mereka berumur lingkungan 20-an.
#AWANIRingkas 15 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Februari 2025
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas
![Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737472257_kespecahrumah.jpg)
Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
![Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Peti besi, jongkong emas milik pempengaruh ditemukan di dasar sungai
Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang "disembunyikan" di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.
![Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709554921_TBAshariAbuSamah.jpg)
Wanita berputih mata, peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai lesap
Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri.
![Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624359026_courtgavelmahkam.jpg)
Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan
Kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu.
![3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000 3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624696988_rompakpetibesi.jpg)
3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000
Ketiga-ketiga mereka yang berpangkat sarjan dan dua koperal itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Kota Setar dalam serbuan pada Rabu dan Jumaat.
![Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604748948_PolisLogo.jpg)
Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat
Kejadian itu disedari pengurus cawangannya kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati peti besi itu ditinggalkan di tepi jalan di hadapan premis berkenaan.
![RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu - Syed Saddiq RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562850235_WacanaSinar.jpg)
"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq
Sejumlah wang kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan hilang.
![Pemilik kedai emas rugi RM5 juta premis dirompak ketika pulang beraya Pemilik kedai emas rugi RM5 juta premis dirompak ketika pulang beraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560160927_TBSamunKedai.jpg)
Pemilik kedai emas rugi RM5 juta premis dirompak ketika pulang beraya
Kumpulan penjenayah memasuki kedai emas itu kira-kira pukul 2 pagi melalui saluran angin di bahagian belakang premis.
![Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi - jurucakap Najib Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi - jurucakap Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526384534_KediamanNajibRazak.jpg)
Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi - jurucakap Najib
Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
![Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526553022_TruckPolis.jpg)
Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka
Peti besi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama, berjaya dibuka.