KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu akan memfailkan notis bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya pada atau sebelum Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan semasa sesi pengurusan kes yang berlangsung hari ini di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Tuan Nik Habri Muhamad.
Menurut peguam pempetisyen, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan (AGC), Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
Mohamed Baharudeen berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah seramai 10 hingga 12 orang saksi akan dipanggil semasa sesi perbicaraan nanti.
"Pempetisyen akan memanggil saksi semasa sesi perbicaraan nanti manakala pihak responden (yang mewakili Ahli Parlimen Gua Musang) akan turut mengemukakan seramai lima orang saksi" katanya menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI.
Beliau berkata, mahkamah mengambil maklum hal berkenaan, justeru, arahan mahkamah adalah seperti berikut ialah pendengaran bantahan awal ditetapkan pada 8 dan 9 Februari 2023 secara kehadiran fizikal.
"Pihak-pihak berkenaan diarahkan untuk memasukkan ringkasan hujahan bertulis pada atau sebelum 5 Februari depan manakala ringkasan hujahan balas (jika ada) selewatnya pada 7 Februari depan," jelas Mohamed Baharudeen.
Perbicaraan dijangka bermula pada Mac hingga Jun depan yang akan didengar oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar.
Sebelum ini wakil kepada calon Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah menfailkan satu petisyen mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, pada 3 Januari lepas.
Petisyen berkenaan difailkan oleh wakil calon, Mohd Azmi Mahmood.
Dalam petisyen berkenaan, wakil calon melalui barisan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Mohamed Baharudeen menamakan Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Azizi Abu Naim; Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ab Fatah Hasbullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan dan pihak SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.
Ini kerana, menurut wakil calon berkenaan, antara lain mendakwa berlaku politik wang atau pembahagian wang kepada pengundi dan beberapa peti undi dari Pusat Daerah Mengundi tidak dikira selain kertas undi yang tidak dikembalikan.
Tengku Razaleigh gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang untuk kali ke-12, apabila beliau tewas mengejut kepada calon PN, Mohd Azizi Abu Naim dalam PRU15, pada November lalu.
Mohd Azizi menang dengan majoriti tipis sebanyak 163 undi apabila memperoleh 21,826 undi manakala, Tengku Razaleigh yang mewakili BN mendapat 21,663 undi.
Vivi Sumanti
Wed Jan 25 2023
![Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674632577_peguamMohamedBahar.jpg)
Peguam pempetisyen, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff (gambar) berkata, sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan (AGC), Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.
![Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698398548_AmirudinShari.jpg)
Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.
![Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697617051_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
![Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692695195_TBMasErmieyati.jpg)
Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
![Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693910169_TakiyuddinHassan.jpg)
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693629555_PRU.jpg)
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
![PRN: Tewas 58 undi, Megat Zulkarnain timbang kemuka petisyen pilihan raya PRN: Tewas 58 undi, Megat Zulkarnain timbang kemuka petisyen pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691991633_calonBN.jpg)
PRN: Tewas 58 undi, Megat Zulkarnain timbang kemuka petisyen pilihan raya
Megat Zulkarnain Omardin mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan PRN berikutan kekalahan tipis 58 undi ketika bertanding kerusi DUN Gombak Setia.
![Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682824920_BenderaPas.jpg)
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu
Keputusan itu disahkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat yang sedang berlangsung ketika ini.
![PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687861787_AhmadAmzadHashim.jpg)
PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini, membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen PRU15: Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687856901_AbdulHadiAwang.jpg)
PRU15: Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen
Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN).