BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas pelbagai barangan membabitkan nilai hampir RM17 juta menerusi tiga operasi yang dilaksanakan di kawasan sempadan negara bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Mei lepas.
Komander Briged Utara PGA SAC Nordin Manan berkata dalam tiga operasi tersebut iaitu Op Wawasan Kedah-Perlis, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah, sebanyak 333 individu termasuk tiga kanak-kanak turut ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Bagi tempoh itu, sebanyak 195 kes melibatkan pelbagai kesalahan antaranya di bawah Akta Racun 1952 membabitkan 93 kes, Akta Imigresen 1959/63 (39 kes), Akta Dadah Berbahaya 1952 (lapan kes) dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (tiga kes).
"Selain itu di bawah Akta Kastam 1967 (12 kes), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (sembilan kes), Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 (tiga kes) dan lain-lain akta (28 kes) ," katanya dalam sidang media di sini.
Katanya, rampasan tertinggi di bawah Akta Kastam 1967 membabitkan pelbagai barangan termasuk rokok, minuman keras serta lima buah kenderaan yang keseluruhannya bernilai lebih RM8.90 juta, diikuti di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan rampasan dadah bernilai RM4.77 juta.
Menurut beliau, sepanjang tempoh sama juga lebih 34 tan daun ketum serta 50 kenderaan yang digunakan untuk menyeludup keluar daun itu turut dirampas di bawah Akta Racun 1952 membabitkan nilai sebanyak RM2.02 juta.
"Turut dirampas pelbagai jenis barangan kosmetik dan makanan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan makanan negara ini serta 19 buah kenderaan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.19 juta," katanya.
Nordin berkata bagi tangkapan pula sebahagian besar iaitu sebanyak 251 orang ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala selebihnya ditahan di bawah akta berkaitan.
Menurutnya, PGA Briged Utara terus mengawal ketat sempadan negara bagi mengelak sebarang aktiviti penyeludupan serta pencerobohan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Masyarakat diminta terus menyalurkan maklumat kepada PGA di talian 04-9222152 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk sama-sama membendung jenayah rentas sempadan dan berkaitan penyeludupan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
![PGA rampas pelbagai barangan bernilai hampir RM17 juta di sempadan negara PGA rampas pelbagai barangan bernilai hampir RM17 juta di sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654123889_rampasan.jpg)
Nordin (tiga dari kanan) melihat hasil tangkapan dan rampasan dalam tempoh lima bulan melalui Op Wawasan Kedah-Perlis, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738130689_PGAPetrol.jpg)
PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas.
![Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737987429_TBpati.jpg)
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
![PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737275512_PGA.jpg)
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
![PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000 PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736595168_seluduphaiwan.jpg)
PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000
PGA Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong.
![PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735564800_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM92,600 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat semalam.
![Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734489436_Tigaditangkapguna.jpg)
Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.
![PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732434582_tbKambing.jpg)
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
![Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000 Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731514308_PolisrampasBurung.jpg)
Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis burung yang disimpan tanpa kebenaran bernilai hampir RM40,000 di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok hari ini.
![PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731316318_Wanted.jpg)
PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
![Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731205628_seludupanakpokok.jpg)
Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran
Hasil pemeriksaan menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah.