PETALING JAYA : Jalinan kerjasama antara Pusat Kesihatan Planet Universiti Sunway dengan WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature Malaysia) serta Pusat Bencana Pasifik (PDC) mampu menguatkan lagi usaha kolektif dalam menangani cabaran kesihatan planet abad ini.
Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan Planet Sunway, Tan Sri Jemilah Mahmood, melalui kerjasama strategik yang ditampilkan menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) yang pertama kali dianjurkan di rantau ini, dua badan terbabit mampu memperkasakan lagi komitmen untuk mencipta planet yang lebih sihat.
"Dengan kerjasama ini, kita boleh 'menggemakan' impak secara kolektif dalam menangani cabaran-cabaran kesihatan planet.
"Dengan membawa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet ke Asia terutamanya ke Malaysia, maksudnya tahun ini kita dapat menterjemahkan lagi komitmen kita terhadap kesihatan planet, sambil mempelajari serta berkongsi pengalaman kita dengan yang lain. Ini selaras dengan usaha untuk mencipta ruang yang lebih hidup serta sihat buat semua spesies," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kerjasama yang dijalankan bersama WWF-Malaysia akan menyerlahkan komitmen yang dikongsi bersama dalam menangani cabaran kesihatan awam dan alam menerusi kepakaran dan sumber penyelidikan.
Menerusi usaha ini, Universiti Sunway dan WWF-Malaysia akan dapat menggerakkan usaha ke arah mempromosi kesedaran kesihatan awam serta inisiatif masyarakat ke peringkat global.
Mengulas mengenai hal itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim berkata, penyelidikan bersama ini dapat menyatukan minda serta sempadan dalam usaha mencari ilmu.
"Perjanjian ini akan memupuk inovasi dan mengukuhkan ikatan global, yang diharapkan akan menghasilkan pandangan serta tindakan berharga dalam pemuliharaan alam sekitar, pembangunan mampan dan kesihatan planet," jelas beliau menerusi kenyataan sama.
Selain WWF-Malaysia, Universiti Sunway turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kedua bersama Pusat Bencana Pasifik (PDC) untuk memberi penekanan terhadap impak bencana terhadap kesihatan manusia dan sistem ekologi.
Sunway dan PDC akan menggunakan kepakaran mereka berdasarkan pendekatan secara data untuk membantu menggurangkan risiko bencana dan membina tahap daya tahan masyarakat di masa akan datang.
PHAM 2024 yang julung kali dianjurkan di Malaysia adalah yang pertama di rantau ini.
Penganjurannya di negara ini membawa tema 'Bukti Disusuli Tindakan: Mendepani Realiti' mengangkat platform kelestarian yang bersesuaian buat para pakar pelbagai bidang serta komuniti global yang giat memperjuangkan kelestarian serta kemampanan planet yang lebih sihat buat semua kehidupan di muka bumi.
Ia dianjurkan dengan kerjasama Universiti Sunway dan Planetary Health Alliance yang mana edisi terdahulunya diadakan di Universiti Harvard, Boston, Amerika Syarikat.
Ia berlangsung bermula 16 sehingga 19 April ini.
Terdahulu dalam acara makan makan bagi mengalu-alukan kesemua peserta yang hadir, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mencemar duli bagi menjayakan platform yang mengangkat kualiti alam dan planet secara amnya.
Turut menyertai makan malam yang diadakan di Sunway Resort itu, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Nickyson Nyambar
Wed Apr 17 2024

Pelancaran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Selasa di Universiti Sunway, Petaling Jaya. - Gambar Universiti Sunway

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PHAM 2024: Kerjasama Sunway, WWF, PDC 'gemakan' usaha tangani cabaran kesihatan planet
Kerjasama akan menyerlahkan komitmen yang dikongsi bersama dalam menangani cabaran kesihatan awam menerusi kepakaran dan sumber penyelidikan.