KUALA LUMPUR: Permohonan yang diterima daripada penuntut antarabangsa yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Malaysia telah menyaksikan peningkatan meskipun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua tahun lepas.
Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) dalam kenyataan semalam memaklumkan sebanyak 11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk belajar di institusi awam dan swasta di Malaysia.
"Ia hampir sekali ganda berbanding tahun 2020. Sebelum ini, hanya 6,348 permohonan diterima," menurut kenyataan itu.
Pada 2019, sejumlah 6,173 permohonan diterima bagi mengikuti pengajian di peringkat PhD.
Menurut EMGS, institusi pengajian tinggi Malaysia menawarkan pelbagai kursus termasuk subjek sains sosial dan kemanusiaan seperti undang-undang selain pendidikan serta program am.
"Ini mungkin menjadi faktor dalam menarik minat penuntut antarabangsa untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah mereka di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

Pada 2019, sejumlah 6,173 permohonan diterima bagi mengikuti pengajian di peringkat PhD di Malaysia. - Gambar fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Tun Ahmad Fuzi terima Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa USM
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa bersempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62.

Rohani genggam PhD pada usia 81 tahun
Ternyata usia bukan penghalang bagi Christine Longuet atau Rohani Abdullah apabila berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.

Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.

Santuni ibu, asbab Azizan Osman sentiasa murah rezeki, kini genggam PhD
Azizan mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini buat usahawan di bawah bimbingannya.

40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI
Antara matlamat utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran program pengajian Doktor Falsafah di bawah FSM khususnya.

PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas
Sebanyak 11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk belajar di Malaysia.

Graduan PhD perlu hasilkan penyelidikan berguna untuk negara
Graduan Ijazah doktor falsafah(PhD) perlu memastikan penyelidikan dan penulisan akademik mereka memberi manfaat dan berguna kepada negara.

Penghantar makanan berjaya dapat PhD tarik perhatian
Walaupun mencari rezeki sebagai rider sepenuh masa sejak bermulanya PKP, ia bukan penghalang bagi Akmal untuk menyiapkan tesisnya.