JOHOR BAHRU: Skuad ragbi Johor yang diundi dalam 'kumpulan maut' bersama juara bertahan Putrajaya, yakin dapat memberikan aksi terbaik untuk mencapai sasaran empat terbaik pada Kejohanan Ragbi Piala Agong bermula 23 Sept ini.
Pengurus pasukan Hamrizal Hamdan berkata persediaan rapi telah dilakukan termasuk mengadakan perlawanan percubaan dengan tiga pasukan tempatan antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Tiga perlawanan percubaan dilakukan sebelum ini untuk mengukur kekuatan pasukan selain mendapatkan kesesuaian dengan corak permainan.
"Kempen tahun ini kita dalam kumpulan maut, tetapi pemain akan buat yang terbaik bagi mencapai sasaran empat terbaik," katanya kepada pemberita di Karnival Ragbi Johor 2023 yang disertai 96 pasukan sekolah di Stadium Ragbi Johor semalam.
Menurut Hamrizal, seramai 40 pemain telah disenarai pendek dengan kebanyakannya terdiri daripada pemain pelapis bagi menghadapi kempen kejohanan kali ini.
"Majoriti pemain adalah pemain muda dalam usia 19 hingga 21 tahun daripada program pembangunan rabgi di Johor. Harapan kami pemain buat yang terbaik," katanya.
Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi lepas menyaksikan Putrajaya muncul juara selepas menewaskan Terengganu, manakala Polis Diraja Malaysia di tempat ketiga dan ATM keempat.
Johor menjuarai kejohanan itu sebanyak dua kali, masing-masing pada 2013 dan 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar muncul juara Karnival Ragbi Johor 2023 bagi kategori Cup bawah 16 tahun. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Piala HMS Malaya bakal cecah usia 100 tahun
Apa yang anda tahu tentang Piala Her Majesty Ship (HMS) Malaya?

RWC 2019: Fiji benamkan Georgia 45-10
Pasukan rangking ke 11 Fiji mudah menundukkan Georgia 45 berbalas 10 dalam perlawanan di Stadium Ragbi Hanazono di Higashiosaka pada Khamis.

RWC 2019: Perancis tundukkan Amerika Syarikat 33-9
Pasukan Perancis menambah lima lagi mata bonus selepas berjaya menundukkan USA dalam perlawanan dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori di Fukuoka pada rabu.

RWC 2019: Jepun kejutkan Ireland 19-12
Tuan rumah pasukan Jepun melakar sejarah apabila menundukkan pasukan pilihan, Ireland, 19-12 dalam perlawanan pool A yang berlangsung di stadium Shizuoka Ecopa pada Sabtu.

RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.

Cuma salah faham kecil, Faiz terharu Sonny B Williams mohon maaf
Permohonan maaf bintang All Blacks, Sonny B Williams kepada seorang jurugambar tempatan menjadi trending meskipun kesilapan yang berlaku terlalu kecil dan disebabkan salah faham.

RWC 2019: Itali menang besar ke atas Kanada
Pasukan Itali berjaya mendapat markah bonus selepas membenam lawan Kanada dalam 48 berbalas 7 dalam aksi pasukan Pool B di Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori pada Khamis.

RWC 2019: Uruguay buat kejutan, menang tipis ke atas Fiji
Uruguay mengejutkan Fiji dengan kemenangan tipis 30-27 dalam Perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019 bagi Pool D yang berlangsung di Stadium Kamaishi, Jepun pada petang Rabu.

RWC 2019: Rusia kecundang sekali lagi, dibelasah Samoa 9-34
Rusia mengalami kekalahan kedua dalam kempen Piala Dunia Ragbi 2019 selepas dibelasah Samoa 9-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Kumagaya, Jepun.

RWC 2019: England belasah Tonga 35-3
Pasukan rangking ketiga dunia England berjaya menumpaskan pasukan tangga ke 15 Tonga dengan kemenangan selesa 35 berbalas tiga dalam perlawanan di Sapporo Dome pada petang sabtu.